- Lain-lain
Superkomputer Tianhe Dahului Ranking Graf Hijau Data Raya 500
Pusat Superkomputer Kebangsaan di Tianjin mengumumkan bahawa superkomputer Tianhe generasi baharu China berjaya mendapat tempat pertama dalam ranking Graf Hijau Data Raya 500 terkini, lapor agensi berita Xihua.
Difahamkan, Graf 500 yang pertama kalinya diperkenal pada 2010 itu merupakan cara paling berwibawa dalam menilai prestasi pengiraan graf atas komputer.
Ia menyenaraikan prestasi dan kecekapan tenaga superkomputer di seluruh dunia untuk menjalankan graf besar menggunakan metrik prestasi iaitu MTEPS/W.
Superkomputer Tianhe generasi baharu mengungguli kategori data besar dalam ranking Green Graph 500 dengan 6,320.24 MTEPS/W, dengan kali terakhir Tianhe mendahului senarai adalah pada Julai 2021.
Ketua saintis Pusat Superkomputer Kebangsaan, Meng Xiangfei berkata mengungguli kedudukan teratas membawa makna bahawa superkomputer Tianhe telah mencapai kejayaan antarabangsa dalam mengendalikan analisis data yang kompleks dan akan menyediakan sokongan utama untuk menggalakkan pembangunan teknologi pintar generasi baharu.
Dengan permintaan yang semakin meningkat untuk analisis data berskala besar, pengkomputeran graf menjadi tonggak penting data besar dan kecerdasan buatan, sekali gus menjadi bidang penyelidikan yang hangat di seluruh dunia.
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin