- Lain-lain
Xi Seru Sinergi Bina Dunia Adil yang Maju Bersama
China bersedia bekerjasama dengan semua pihak ke arah mewujudkan dunia adil yang maju bersama, kata Presiden Xi Jinping.
Beliau membuat kenyataan itu ketika menyampaikan ucaptama dalam Sesi I Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) ke-19 mengenai usaha memerangi kebuluran dan kemiskinan yang berlangsung di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin.
Xi berkata kejayaan China dalam membasmi kemiskinan memperlihatkan negara membangun mampu mengatasi masalah berkenaan dengan berbekalkan semangat kental penuh iltizam, umpama burung yang lemah juga boleh bermula awal dan terbang tinggi.
Menurut beliau, China sentiasa merupakan anggota Selatan Global dan rakan kongsi yang boleh dipercayai bagi negara membangun, serta pelaksana yang menyokong perjuangan pembangunan sejagat.
China sedia bersinergi bersama negara-negara membangun ke arah mewujudkan pemodenan, tambah beliau.
Xi turut mengumumkan siri tindakan China untuk menyokong pembangunan global, antaranya berganding bahu menggerakkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global (GDI), menyokong pembangunan Afrika serta kerjasama antarabangsa dalam usaha membasmi kemiskinan dan menjamin keselamatan makanan.
China bersama Brazil, Afrika Selatan dan Kesatuan Afrika mengetengahkan inisiatif kerjasama antarabangsa mengenai sains terbuka untuk membantu Selatan Global mengakses kepada lebih banyak hasil inovasi teknologi, di samping menyokong G20 melancarkan kerjasama pragmatik demi manfaat Selatan Global.
Selain terus menyempurnakan sistem dan mekanisme keterbukaan pada tahap tinggi, China akan memperluas keterbukaan terhadap negara paling kurang maju (LDC).
- Guizhou Warna-warni, Jendela Media Asia Pasifik Intai Peluang di China
- Sekilas Teknologi AI yang Dipamerkan pada CIIE ke-7
- Understanding China | Bagaimanakah China, dengan populasinya yang besar, dapat merealisasikan pemodenan?
- Understanding China | Jalan pemodenan China berteraskan keharmonian manusia dan alam
- Jalan-jalan Bandar: Menelusuri Jalan Kebudayaan Purba Tianjin
- Artikel Presiden Xi Disiarkan di Media Brazil
- Xi Tiba di Rio de Janeiro untuk Sidang Kemuncak G20 dan Lawatan Rasmi
- Forum Kemuncak BRI ke-9 Capai Hasil Memberangsangkan
- Seychelles Hargai Bantuan Kapal Hospital "Peace Ark", Kata Presiden Ramkalawan
- Pakistan Boleh Ambil Contoh dari Pembangunan China - PM Shehbaz
- China Mahu Tingkatkan Kerjasama BRI, Berkualiti Lebih Tinggi
- Forum Tindakan Global di Beijing untuk Kongsikan Pembangunan
- Rel China-Kyrgyzstan-Uzbekistan Praktik Penting BRI
- China, Singapura Perdalam Kerjasama dalam Penguatkuasaan dan Tadbir Urus Sosial
- Pasaran Padi Hibrid Berkembang di Asia