99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Xi Seru Bina Sistem Tadbir Urus Global Yang Adil, Saksama

(CRI)Selasa 19 November 2024

Presiden China, Xi Jinping menyeru pembinaan sistem tadbir urus global yang adil dan saksana, ketika berucap pada sesi kedua Sidang Kemuncak Ke-19 G20 mengenai Pembaharuan Institusi Tadbir Urus Global, yang diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada Isnin waktu tempatan.

Beliau menyeru masyarakat antarabangsa supaya menegakkan visi komuniti berkongsi nasib sesama insan, sambil berusaha ke arah mewujudkan multipolarisasi dunia yang sama rata dan teratur serta globalisasi ekonomi yang inklusif dan menguntungkan semua.

Xi menekankan bahawa G20 perlu menambah baik tadbir urus global dari lima aspek iaitu ekonomi, kewangan, perdagangan, digital dan ekologi, supaya membina ekonomi dunia yang berkolaborasi, mantap, terbuka, inovatif, dan mesra alam.

Sementara itu, Xi menyifatkan tadbir urus keselamatan global sebagai komponen penting dalam tadbir urus global. Oleh itu, beliau menyarankan G20 supaya menyokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Majlis Keselamatan untuk memainkan peranannya yang lebih besar, selain menyokong semua usaha yang kondusif bagi penyelesaian krisis secara damai.

Beliau turut menegaskan mustahaknya blok ini untuk bersinergi dalam mencari penyelesaian secara politik bagi krisis Ukraine, mendorong gencatan senjata diwujudkan di Gaza secepat mungkin, dan memberikan sokongan bagi meredakan krisis kemanusiaan di rantau itu serta pembinaan semula pasca perang.

Selain itu, Xi menggesa pihak-pihak terbabit supaya memastikan formula 'penyelesaian dua negara' dilaksanakan, sehingga membantu memulihkan hak dan kepentingan yang sah Palestin.

Video

Berita Berkaitan