- Lain-lain
Li Qiang, Anwar Komited Wujudkan Kemakmuran Bersama China-Malaysia
China bersedia bersama Malaysia menggalakkan hubungan dua hala terus berkembang maju di barisan depan negara-negara serantau, dan berganding tangan untuk mewujudkan kemakmuran bersama.
Demikian dinyatakan oleh Perdana Menteri China Li Qiang ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari Malaysia Anwar Ibrahim di Shanghai pada Selasa.
Li Qiang berkata, China bersedia bersama Malaysia menggalakkan pertukaran peradaban, mempergiat kerjasama pendidikan, mendorong proses pemudahan visa dan meningkatkan pertukaran lawatan dalam kalangan rakyat khususnya golongan belia, agar memajukan persefahaman dan persahabatan kedua-dua negara.
"China menyokong Malaysia sebagai negara pengerusi ASEAN pada 2025, bersedia meningkatkan koordinasi dan penyelarasan dengan Malaysia dalam rangka China-ASEAN, selain memelihara kedudukan teras ASEAN dan pembangunan damai seluruh Asia," kata Li.
Anwar pula menyatakan, Malaysia bersedia meningkatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, mempergiat kerjasama dalam rangka Jalur dan Laluan, meluaskan kerjasama perdagangan, pelaburan, telekomunikasi, ekonomi digital, pendidikan, kebudayaan dan lain-lain.
- Sultan Ibrahim Sifatkan Lawatan ke China Sebagai Satu Kejayaan
- China Iltizam Bersama Malaysia Gerakkan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib
- Bebas Visa: Xinjiang Sambut Penerbangan Sewa Khas Pertama dari Malaysia
- China Kekal Destinasi Utama bagi Eksport Durian Malaysia
- Pelancong Malaysia dan China Kini Boleh Nikmati Penerbangan Terus KL-Guiyang
- Pembina Projek Rel Mega Gabung Tenaga Pulih Hutan Bakau
- Manfaatkan Ulang Tahun ke-50 Sebagai Peluang Galakkan Dagangan Komoditi China-Malaysia
- Hubungan Mesra Rakyat China-Malaysia Tambah Semangat Perkongsian
- Bahasa Melayu Terus Dimartabat di Tembok Besar
- Hubungan Malaysia-China Semakin Akrab dan Rancak - Presiden MCA