- Lain-lain
Artisan Hidupkan Semula Kertas Kaihua Purba di Zhejiang
Berasal dari dinasti Tang (618-907) dan Song (960-1279) dan terkenal dengan kualitinya yang nipis serta tahan laa, kertas Kaihua pernah dikhaskan untuk kegunaan diraja pada zaman dahulu.
Meskipun hampir pupus, kertas tradisional ini telah berjaya dihidupkan semula oleh artisan serta profesional yang berdedikasi, dan penggunaannya kini turut dipelbagaikan.
Huang Hongjian, pewaris warisan budaya tidak ketara peringkat wilayah bagi teknik pembuatan kertas Kaihua di Provinsi Zhejiang, timur China, adalah antara individu penuh dedikasi untuk memelihara kraf purba ini.
"Bahan mentah yang digunakan dalam kertas Kaihua adalah gabungan pelbagai komponen, dan teknik yang digunakan adalah lebih rumit berbanding kaedah pembuatan kertas lain," jelas Huang.
Beralih daripada perantis kepada tukang mahir, keazaman Huang untuk menghidupkan semula kertas Kaihua mendorongnya untuk menceburkan diri dalam seni pembuatan kertas.
Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahirannya dalam kraf itu, Huang mendapatkan bimbingan daripada tukang yang berpengalaman di provinsi jiran iaitu di Jiangxi dan Anhui, yang membantunya untuk memperdalam kefahaman tentang kertas Kaihua.
Huang Hongjian melukis di atas sekeping kertas di studionya di kaunti Kaihua di Quzhou, Provinsi Zhejiang, timur China, 9 November 2023. (Xinhua/Weng Xinyang)
Selepas itu, dia memulakan percubaannya sendiri dalam pembuatan kertas, dan bergelut dengan cabaran yang dihadapinya.
Pada 2013, apabila Huang menemui sebuah buku purba yang dihasilkan daripada kertas Kaihua di Perpustakaan Zhejiang, seterusnya menyedari perbezaan yang ketara antara kualiti kertas ciptaannya dan kertas Kaihua asli dari zaman purba.
Beriltizam untuk menambah baik, Huang melalukan penyelidikan yang meluas dengan mengkaji buku tentang teknik pembuatan kertas dan sejarah tempatan, selain turut menerokai pergunungan untuk mengkaji pelbagai spesies tumbuhan dan menjalankan banyak eksperimen untuk memperhalusi krafnya.
Atas faktor kaedah perwarisan teknik pembuatan kertas secara lisan pada zaman dahulu, Huang menghadapi pelbagai cabaran dalam usahanya untuk menghidupkan semula kertas Kaihua.
Dalam satu kejayaan besar sekitar 2014, Huang mengenal pasti tumbuhan yang dipanggil ‘canescent wikstroemia’ sebagai bahan utama yang digunakan dalam proses pembuatan kertas. Tumbuhan tersebut yang terkenal dengan ketoksikannya, berfungsi sebagai penghalang semula jadi terhadap perosak, dan kini ditanam di luar bengkel kertas Kaihua di daerah Kaihua.
Dengan sokongan daripada kerajaan tempatan, Huang menubuhkan pusat penyelidikan kraf tradisional kertas Kaihua. Pada 2015, satu pasukan profesional dari Universiti Fudan bekerjasama dengan pusat penyelidikannya.
Dua tahun kemudian, Yang Yuliang, ahli akademik dari Akademi Sains China (CAS) dan bekas presiden Universiti Fudan, menerajui penciptaan stesen kerja khusus untuk menggiatkan semula kertas Kaihua. Penglibatan pasukan universiti menyuntik tenaga baharu dalam usaha menghidupkan semula kertas Kaihua.
Pada penghujung 2016, sampel kertas Kaihua yang dibuat oleh Huang telah diuji, dan dimaklumkan bahawa spesifikasi teknikalnya hampir sama dengan kertas Kaihua purba.
Para pekerja di studio Huang Hongjian di kaunti Kaihua di Quzhou, Provinsi Zhejiang, timur China, 9 November 2023. (Xinhua/Weng Xinyang)
Pada masa ini, kertas Kaihua telah memperoleh berbilang paten dalam lebih 20 kategori dan 20,000 hingga 30,000 helai kertas Kaihua dihasilkan setiap tahun. Kertas itu dibeli oleh institusi seperti Perpustakaan Negara China dan Arkib Penerbitan dan Kebudayaan Kebangsaan China cawangan Hangzhou untuk melindungi dan memulihkan teks purba.
Pada Mac 2023, Huang telah dijemput oleh Universiti Fudan untuk menghasilkan sekumpulan kertas khas untuk surat kemasukan sekolah.
"Kami menghantar enam sampel kertas ke Universiti Fudan dan menghasilkan lebih 600 helai kertas Kaihua dalam saiz tertentu dalam masa lebih sebulan sahaja," kata Huang.
Foto menunjukkan surat kemasukan Universiti Fudan. (Foto ihsan akaun WeChat rasmi Universiti Fudan)
Tahun ini, Universiti Fudan sekali lagi telah memilih kertas Kaihua untuk surat kemasukannya.
"Kami membuat beberapa penambahbaikan berbanding tahun lepas, (termasuk) memperkenalkan warna kuning sedikit dan tekstur yang lebih lembut, sekali gus meningkatkan keanggunannya," kata Huang.
Baginya, situasi itu dilihat sebagai peluang untuk meluaskan aplikasi kertas Kaihua, secara tidak langsung membolehkannya menembusi pasaran baharu serta memperoleh peningkatan pengiktirafan.
Kini, kertas Kaihua bukan sahaja digunakan untuk pemulihan teks purba dan kertas kaligrafi, tetapi juga telah memberi ilham terhadap karya budaya dan kreatif yang indah, menjadikannya ia dikenali di pentas antarabangsa.
- Tanglung Ikan Terangi Pergunungan
- Tingkatkan Perlindungan Warisan Budaya dan Alam: Xi
- Pewaris Turunkan Ilmu Kraf Ukiran Kayu Fu di Anhui
- Beijing Raikan Pengiktirafan Paksi Tengah Sebagai Tapak Warisan Dunia
- Kanak-kanak China Pelajari Warisan Budaya Tidak Ketara, Manfaatkan Cuti Musim Panas
- Sesi ke-46 Jawatankuasa Warisan Dunia Dirasmikan
- Aktiviti Pelancongan Warna-warni Rangsang Perbelanjaan
- Kung Fu Bantu Pupuk Pertukaran Budaya
- Jambatan Batu Purba di Zhejiang Dilindungi Baik
- Terusan Ribuan Tahun