- Lain-lain
China Sokong UNSC Seboleh Mungkin Usahakan Gencatan Senjata Gaza
Dalam satu sidang terbuka anjuran Majlis Keselamatan PBB (UNSC) berhubung situasi semasa di semenanjung Gaza semalam waktu tempatan, wakil tetap China di PBB, Fu Cong berkata, menyegerakan gencatan senjata yang berkekalan merupakan prasyarat bagi menyelamatkan nyawa dan mengelakkan situasi daripada meruncing, dan tidak boleh ditangguhkan lagi dengan apa-apa pun alasan.
Pada masa yang sama, tindakan menyelamat dan bantuan kemanusiaan di Gaza adalah bertunjangkan Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Penduduk Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) yang mendapat mandat dari Perhimpunan Agung PBB. Namun Parlimen Israel telah meluluskan dua rang undang-undang untuk menyekat dan menutup UNRWA tanpa mempedulikan bantahan keras dari masyarakat antarabangsa. China sudah mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan Israel itu.
Fu berkata, China menyokong UNSC seboleh mungkin mengambil tindakan selanjutnya untuk mengusahakan gencatan senjata di Gaza.
- Mesir Cadangkan Gencatan Senjata Semantara di Gaza
- 123 Negara Anggota PBB Bantah Langkah Israel Ganggu Operasi UNRWA
- AS Digesa Sahut Seruan Komuniti Antarabangsa, Sokong PBB Tamat Perang di Gaza
- Tentera Israel Serang Sekolah di Gaza, 22 Orang Maut
- Iran "Bersiap untuk Berperang", Kata Menteri Luar Abbas Araqchi
- Senjata Api dan Sekatan Sepihak Bukan yang Diperlukan dalam Penyelesaian Konflik Palestin-Israel
- Guterres Beri Amaran Lubnan Mungkin Jadi Satu Lagi 'Gaza'
- China Gesa Israel Hentikan Pendudukannya di Gaza
- China Seru Tindakan Praktikal Hentikan Pertempuran di Gaza
- Rundingan Gencatan Senjata di Gaza Tak Boleh Terus Ditangguh: Duta China