- Lain-lain
Cetuskan Momentum Baharu dan Tingkatkan Tahap Keterbukaan dalam Pembangunan Zon Ekonomi Negara - Xi
Presiden China, Xi Jinping memberi arahan baru-baru ini untuk memangkin agenda pembangunan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan bahawa hendaklah melaksanakan konsep pembangunan baharu, memberi tumpuan terhadap modenisasi ala China, mencetuskan momentum baharu dalam bidang inovasi, meningkatkan penglibatan dalam pembentukan Paradigma Pembangunan Baharu, memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, dan menyasarkan pembangunan yang berkualiti tinggi pada era baharu.
Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menyifatkan pembinaan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan sebagai komponen utama dalam landskap pembaharuan yang terbuka di negara ini.
"Dalam tempoh 40 tahun yang lalu, peranan yang dimainkan pelbagai zon pembangunan ekonomi dan teknologi kebangsaan sangat menonjol dalam meningkatkan tahap keterbukaan, memperincikan dasar pembaharuan dan inovasi, membina ekosistem ekonomi yang baharu, memacu koordinasi dalam pembangunan daerah dan meningkatkan kualiti perindustrian,” kata beliau.
Xi menegaskan, pelbagai pihak berkenaan perlu tampil menjadi barisan hadapan dalam menambah baik sistem dan mekanisme yang berkait dengan pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka dan berusaha melakar pencapaian yang cemerlang.
"Selain itu, perlu mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan bersama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan, memperkasakan kerjasama antarabangsa, mengambil langkah yang inovatif dalam menarik pelaburan asing, membina jenama ' Pelaburan China', mengukuhkan dan menaik taraf asas perindustrian pembuatan yang maju, menggalakkan industri teknologi berkembang ke arah canggih, hijau dan pendigitalan, mempergiatkan pembinaan industri digital dan industri masa depan, dan mengembangkan 'kuasa produktif berkualiti baharu' yang serasi dengan sumber asli daerah,” kata Xi.
Arahan Xi ini disampaikan oleh Naib Perdana Menteri He Lifeng dalam satu majlis libat urus yang diadakan di Tianjin pada Ahad berhubung pembangunan zon ekonomi dan teknologi kebangsaan China yang sudah genap 40 penubuhannya.
- Pucuk Pimpinan PKC Buat Aturan Kerja Ekonomi
- China Majukan Ekonomi Debut, Kembangkan Produk Berkualiti Tinggi
- Fengyang Jadikan Kereta Skrap Sebagai Ekonomi Kitaran Berkembang Maju
- Pucuk Pimpinan PKC Analisis dan Bincang Situasi dan Kerja Ekonomi
- IMF Naik Unjuran Ekonomi 2024 China 5 Peratus
- ADB Kekalkan Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- Ekonomi China bagi Bulan Mei Kekal Baik
- Arah Pembangunan Ekonomi China Betul, Kata Georgieva
- Goldman Sachs, Citigroup Naik Unjuran Pertumbuhan Ekonomi China
- Lonjakan Ekonomi China Berkat Usaha Gigih - WB