- Lain-lain
China, Pakistan Sasar Komuniti Berkongsi Nasib Lebih Erat
China sedia bersinergi dengan Pakistan untuk mempercepat pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara yang lebih erat pada era baharu.
Demikian kata Perdana Menteri China Li Qiang dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif di Islamabad pada Isnin.
Li menyatakan hubungan dua negara sentiasa menjadi keutamaan dalam diplomasi China.
China teguh menyokong Pakistan dalam mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah serta menempuh jalan pembangunan yang sesuai dengan keadaan sendiri.
Menurut beliau, usaha akan dipergiat untuk menaik taraf Koridor Ekonomi China-Pakistan (CPEC) sambil mempercepat pembinaan projek utama seperti landasan kereta api, lebuh raya dan pelabuhan.
Selain mengukuhkan integrasi sektor perindustrian, dua negara juga akan mempertingkat kerjasama praktikal dalam pertanian, perlombongan, teknologi maklumat dan tenaga.
Beliau turut meluahkan hasrat China untuk memperkasa kerjasama antikeganasan dan merapatkan penyelarasan multilateral dengan Pakistan.
Sementara itu, Shahbaz berjanji akan melipatgandakan usaha memerangi keganasan dan menjamin keselamatan warga China serta institusi dan projek berkenaan di Pakistan.
- PM Li Bakal Hadiri Mesyuarat Pemimpin Kerajaan SCO dan Lawat Pakistan
- Xi Temui PM Pakistan
- Tahniah kepada China atas Kejayaan Lancarkan Satelit - PM Pakistan
- Xi Ucap Tahniah kepada Presiden Baharu Pakistan Asif Ali Zardari
- Xi Uapkan Tahniah kepada Perdana Menteri Baharu Pakistan Shahbaz Sharif
- Latihan Bersama China-Pakistan "Sea Guardians-3" Buka Tirainya
- CPEC Diyakini Bawa Limpahan Manfaat kepada Rakyat Pakistan: Anwar Kakar
- Koridor Ekonomi China-Pakistan Semakin Menyerlah
- Sambut Ulang Tahun ke-10 Koridor Ekonomi China-Pakistan
- Hubungan China-Pakistan Erat dan Kukuh