- Lain-lain
PM China, Singapura Setuju Eratkan Kerjasama dan Penyelarasan
Perdana Menteri China, Li Qiang telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong tatkala menghadiri persidangan pemimpin kerjasama Asia Timur di Vientiane, Laos semalam waktu tempatan.
Dalam pertemuan itu, Li berkata, China bersedia bersama dengan Singapura mengambil peluang dari ulang tahun ke-35 hubungan diplomatik kedua-dua negara yang jatuh pada tahun depan, meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, memanfaatkan kelebihan milik masing-masing, dan terus mendorong kerjasama yang berkualiti dari segala aspek untuk jangka masa yang panjang.
Menurut Li, kedua-dua pihak perlu terus mengeratkan kerjasama ekonomi dan perdagangan, meneroka kerjasama dalam bidang frontier seperti pembuatan, ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), mempergiat kerjasama dan interaksi dalam bidang pendidikan, kebudayaan dan pelancongan, golongan belia dan urusan daerah yang kesemuanya dilihat kondusif bagi pembangunan bersama.
Lawrence Wong pula berkata, pihaknya konsisten dalam mengamalkan dasar Satu China, menentang "kemerdeaan Taiwan", dan tidak akan digunakan oleh sebarang kuasa yang bertudung "kemerdekaan Taiwan". Singapura menyokong China menganggotai "Perjanjian Perkongsian Rentas Asia Pasifik Komprehensif dan Kemajuan" (CPTPP) dan "Perjanjian Perkongsian Ekonomi Digital" (DEPA), bersedia mengekalkan penyelarasan dan interaksi dengan China dalam hal ehwal multilateral di persada antarabangsa, dan bersama-sama menentang amalan perlindungan perdagangan supaya dapat memberi sumbangan yang lebih besar bagi keamanan, kestabilan dan kemakmuran rantau ini.
- China, Singapura Komited Perkasakan Kerjasama Segenap Aspek
- Menteri Luar Singapura Lawat China Bermula Ahad
- Xi Jinping Ucap Tahniah kepada Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam
- Li Qiang Ucapkan Tahniah kepada PM Singapura Lawrence Wong
- Syarikat Singapura Berkembang Maju di Taman Perindustrian Berteknologi Tinggi Suzhou
- Ketua Legislatif China Bakal Lawat Singapura dan Afrika Selatan
- Li Qiang Utus Tahniah kepada PM Baharu Singapura
- China, Singapura Ikrar Perkasa Kerjasama
- Liu Jianchao Melawat Singapura
- Kemudahan Bebas Visa 'Hadiah' TBC Buat Rakyat China, Singapura