- Lain-lain
Shenyang Bakal Anjur Sesi Pertukaran Bakat Asia Timur Laut 2024
Wang Zhigang, Pengarah Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenyang memberikan taklimat pada sidang media. (People’s Daily Online/Ren Fengtao) |
Shenyang, ibu provinsi Liaoning, akan menganjurkan sesi pertukaran bagi bakat dari Asia Timur Laut dan persidangan mengenai pembangunan syarikat yang berpotensi menjadi unicorn, pada 24 Oktober. Perkara ini dimaklumkan pada satu sidang media baru-baru ini.
Kata Wang Zhigang, Pengarah Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenyang, sebanyak 2,357 syarikat akan hadir, menawarkan 76,000 jawatan kosong, termasuk syarikat-syarikat yang berasaskan teknologi tinggi. Dianggarkan lebih 100,000 jawatan kosong akan ditawarkan secara keseluruhannya pada aktiviti tersebut.
Turut dimaklumkan, Shenyang telah memperkenalkan subsidi dari RMB500,000 sehingga RMB1,000,000 untuk menarik bakat berkemahiran serta peruntukan kewangan dari RMB700,000 sehingga RMB5,000,000 untuk penyelidikan saintifik.
Wang Zhigang, Pengarah Biro Sumber Manusia dan Keselamatan Sosial Shenyang memberikan taklimat pada sidang media. (People’s Daily Online/Ren Fengtao) |