- Lain-lain
Saintis China Perkenal LLM Pelbagai Mod Pertama di Dunia Dalam Sains Geografi
Majlis Perasmian Geografi Sigma, model bahasa besar (LLM) pelbagai mod untuk sains geografi diadakan di Beijing pada 19 September 2024. (Xinhua/Li Xin)
Satu model bahasa besar (LLM) pelbagai mod untuk sains geografi yang merupakan pertama seumpanya di dunia telah diperkenalkan di Beijing pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.
Menurut laporan itu, LLM itu mampu memberi sokongan terhadap integrasi antara geografi dan kecerdasan buatan, serta membantu mempercepat penemuan geografi.
Difahamkan, LLM yang dinamakan sebagai Geografi Sigma itu telah dibangunkan oleh sepasukan penyelidik yang terdiri daripada Institut Penyelidikan Sumber Asli dan Sains Geografi (IGSNRR), Institut Penyelidikan Dataran Tinggi Tibet dan Institut Automasi yang kesemuanya di bawah Akademi Sains China, serta beberapa organisasi lain.
Su Fenzhen, timbalan pengarah IGSNRR berkata bahawa Geografi Sigma boleh menjawab soalan geografi secara profesional, menganalisis artikel geografi, menjalankan pertanyaan dan analisis mendalam data geografi dan melukis peta tematik.
Katanya, jika dibandingkan dengan LLM biasa, Geografi Sigma mempunyai pengetahuan lebih mendalam dalam corak bahasa, terminologi khusus domain dan pengetahuan profesional dalam bidang geografi, sekali gus membolehkannya mengendalikan isu khusus dengan lebih baik.
Tambah Su, selain menjawab soalan geografi, Sigma Geography juga boleh memadankan jawapan teks yang dijana dengan foto landskap geografi, peta tematik atau carta skema untuk membantu pengguna memahami jawapan teks dengan cara yang lebih visual dan imaginatif.
Foto yang diambil pada 19 September 2024 ini menunjukkan bilik operasi Geografi Sigma, model bahasa besar (LLM) pelbagai mod untuk sains geografi. (Xinhua/Li Xin)
Untuk makluman, fungsi pembantu penyelidik tersebut boleh melengkapkan proses seperti pemahaman konsep, pemerolehan data, analisis maklumat dan pemetaan mengikut arahan pengguna, seterusnya menghasilkan carta geografi profesional yang diperlukan pengguna.
Model ini boleh membantu meluaskan pemahaman masyarakat awam tentang sains geografi, serta menyokong penyelidikan dan kajian akademik untuk mendedahkan penemuan saintifik geografi utama.
Setakat ini, Geografi Sigma telah digunakan oleh lebih 10 kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal akademik seperti sub-jurnal Nature, The Innovation, dan Earth’s Future.
- Pembelanjaan Pengajian dan Penerokaan China Cecah RMB3.3 Trilion
- Pembangunan China Dipacu Inovasi Mustahil Dihalang
- China Lakar Kemajuan Cemerlang dalam Bidang Sains: Pemenang Hadiah Nobel Fizik
- Pameran Hasil Sains dan Teknologi Terkini di Sekolah HK
- China Bakal Anjur Persidangan Pertukaran Sains dan Teknologi BRI
- Xi: Teknologi Baharu Makin Pesat, Ubah Model Pembangunan Industri
- Xi Beri Penekanan Usaha Sebarluas Ilmu Sains
- Buku Wacana Xi Jinping Mengenai Kemandirian dan Peningkatan dalam Sains dan Teknologi Diterbitkan