- Lain-lain
China Serah Barang Bantuan kepada Afghanistan
Majlis penyerahan barang bantuan kemanusiaan kecemasan kerajaan China kepada Afghanistan diadakan di Kabul, ibu negara Afghanistan pada Selasa.
Barang bantuan kumpulan pertama ini termasuk kenderaan, khemah dan selimut, dan akan diedarkan kepada perantau yang pulang ke Afghanistan serta mereka yang kehilangan tempat tinggal.
Duta Besar China di Afghanistan Zhao Xing dan Pemangku Menteri Hal Ehwal Pelarian kerajaan sementara Afghanistan Haqqani menghadiri majlis tersebut.
Haqqani menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan China.
Beliau menekankan bahawa barang bantuan dari China amat penting untuk penempatan pelarian di negara itu. Kerajaan akan menggunakan bantuan China dengan sebaik-baiknya dan memastikan golongan yang paling memerlukannya memperoleh bantuan itu.