99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

AS Didesak Pikul Tanggungjawab Lindungi Keamanan Ruang Siber

(CRI)Selasa 09 Julai 2024

China mengutuk keras perbuatan Amerika Syarikat (AS) yang mengelakkan diri dari memikul tanggungjawabnya dan menggesa Washington membuat penjelasan, segera menghentikan fitnah terhadap China, dan memikul tanggungjawab untuk melindungi kedamaian dan keamanan ruang siber.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian pada sidang media Isnin susulan satu laporan bersama yang dikeluarkan oleh beberapa institusi China yang mendedahkan AS mereka-reka dan menyebarkan khabar palsu tentang China melalui Operasi "Typhoon Volta" sejak tahun 2023.

Menurut Lin, operasi menyebarkan khabar palsu itu didalang dan dirancangkan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), dengan disertai oleh sejumlah ahli kongres yang mempunyai sentimen permusuhan dengan China, sebahagian jabatan pentadbiran kerajaan persekutuan, dan jabatan keselamatan siber dari negara Persekutuan Lima Mata (FVEY).

Video

Berita Berkaitan