- Lain-lain
Xi Bertemu Guterres di Astana
Presiden China Xi Jinping bertemu dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres sempena sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) di Astana, Kazakhstan pada petang Khamis.
Xi menyatakan tak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah, China akan kekal menjunjung multilateralisme jitu dan menyokong PBB memainkan peranan utama dalam hal ehwal antarabangsa.
Beliau berkata China menyokong penganjuran Sidang Kemuncak Masa Depan PBB dan berharap acara berkenaan dapat memberi isyarat positif dalam mempertahankan multilateralisme, memperkukuh solidariti dan kolaborasi serta menggerakkan tadbir urus global ke arah lebih adil dan munasabah.
China juga menyokong peranan utama PBB dalam mendorong pembaharuan kerangka kewangan antarabangsa dan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) global.
Sementara Guterres berkata pihaknya sedia melakukan yang terbaik untuk mewujudkan tadbir urus lebih adil dan munasabah serta membantu negara membangun mencapai pembangunan bersama.
Beliau turut menghargai usaha China dalam menyokong perjuangan PBB, mengamalkan multilateralisme dan memainkan peranan konstruktif untuk menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.
Masa depan umat manusia sebahagian besarnya bergantung kepada China, kata Guterres sambil menambah PBB menantikan komunikasi dan kerjasama yang lebih kukuh dengan negara Tembok Besar.
- Xi Seru SCO Berwaspada terhadap Ancaman Berbaur Perang Dingin
- Xi Berucap pada Mesyuarat SCO+
- Xi Hadir Sidang Kemuncak SCO
- Belarus Diterima sebagai Anggota SCO
- Xi, Tokayev Hadir Sesi Bertemu Media
- Sidang Kemuncak di Astana Agenda Terpenting SCO 2024
- Draf Resolusi China tentang Peningkatan Kerjasama Antarabangsa dalam Pembinaan Kapasiti AI Lulus dalam UNGA
- Xi Berlepas ke Astana untuk Sidang Kemuncak SCO
- Xi Bakal Hadir Sidang Kemuncak SCO, Adakan Lawatan ke Kazakhstan, Tajikistan
- PBB Alu-alu Pewartaan Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun