99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi

(CRI)Rabu 26 Jun 2024

Presiden China Xi Jinping mengucapkan tahniah sempena sambutan ulang tahun ke-40 penubuhan Kaunti Autonomi She Jingning, bandar Lishui, provinsi Zhejiang, melalui surat balasnya kepada penduduk tempatan, pada Rabu.

Xi menyatakan, kaunti Jingning mencapai kejayaan yang mengagumkan dalam perpaduan kaum dan pembangunan dalam tempoh empat dekad lalu.

"Saya amat gembira melihat rakyat pelbagai etnik hidup bahagia," kata Xi.

Beliau berharap pegawai dan rakyat pelbagai etnik di kaunti itu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh pengaturan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), mewariskan tradisi yang baik, meningkatkan perpaduan kaum, memaimkan kelebihan tempatan, mendorong pembangunan bermutu tinggi dan kemakmuran bersama di kawasan etnik minoriti, agar menulis bab pembangunan baharu bagi kampung etnik She dalam pembinaan modenisasi ala China.

Video

Berita Berkaitan