- Lain-lain
Rondaan Empat Negara ke-142 di Sungai Mekong Berakhir
Dua bot penguatkuasa China yang masing-masing bernombor 53107 dan 53101 belayar dengan lancar dalam perjalanan balik ke dermaga Jingha dan Guanglei, daerah Xishuangbanna China pagi Jumaat, menandakan rondaan dan penguatkuasaan bersama China-Laos-Myanmar-Thailand ke-142 di Sungai Mekong berakhir dengan jayanya
Operasi rondaan yang membabitkan pelayaran sepanjang lebih 630 kilometer itu, menyaksikan penglibatan 130 orang penguatkuasa dari keempat-empat negara tersebut, yang masing-masing menaiki 7 bot dalam menjalankan tugasan selama empat hari tiga malam.
Sempena Hari Antarabangsa Antidadah Ke-37, keempat-empat negara tersebut telah melancarkan aktiviti jelajah yang bertemakan "kehidupan yang sihat, hijau tanpa dadah" di Mengmo, Laos, membantu khayalak ramai meningkatkan kesedaran tentang antidadah melalui panji-panji dalam bahasa berlainan yang terpasang pada bot penguatkuasa, turun padang di peringkat akar umbi membabitkan kampung, sekolah dan premis perusahaan, dan menyeru rakyat pelbagai negara yang menetap di kedua-dua tebing sungai Mekong giat melibatkan diri dalam aktiviti antidadah demi pembangunan bersama laluan pelayaran yang selamat.
- Rondaan Bersama Kali ke-132 di Sungai Mekong Dilancarkan
- Rondaan dan Latihan PLA di Sekitar Taiwan
- Rondaan Rutin China, Rusia Tidak Sasarkan Sebarang Negara
- Rondaan Bersama ke-128 di Sungai Mekong Berakhir
- Rondaan Keselamatan PLA, Amaran Tegas kepada Kumpulan Pemisah "Kemerdekaan Taiwan"
- Rondaan Bersama Empat Negara Kali ke-125 di Sungai Mekong
- Rondaan Bersama ke-123 di Sungai Mekong Bermula