- Lain-lain
Inovasi dan Teknologi BYD Jadi Peneraju Masa Depan EV
Oleh Ahmad Syukri Azmi
Foto bahagian luar pangkalan BYD Zhengzhou yang mula dibina pada September 2021 dengan jumlah pelaburan RMB50 bilion. Pembinaan pangkalan itu berobjektif mencapai nilai keluaran tahunan sebanyak RMB150 bilion hingga RMB200 bilion, dan mewujudkan sekitar 60,000 peluang pekerjaan. (Foto BYD Zhengzhou kepada People’s Daily Online)
Sejak penubuhannya di Shenzhen 28 tahun yang lalu, BYD telah berada di barisan hadapan teknologi kenderaan elektrik (EV), berkembang menjadi perusahaan global merentasi sektor automotif, transit rel, tenaga baharu dan elektronik.
Inovasi terkini, seperti Blade Battery, DM-i Super Hybrid, dan e-Platform 3.0, telah memacu pertumbuhan pesat BYD, mentakrifkan semula piawaian industri, serta menjadikannya sebagai peneraju dalam inovasi bersepadu dan menegak.
Meskipun terdapat perubahan ketara dalam industri automotif, komitmen BYD terhadap kemajuan teknologi dilihat terus mengekalkan ia sebagai penggerak utama dalam pengangkutan masa hadapan.
Ketika diwawancara eksklusif oleh People’s Daily Online baru-baru ini, BYD menegaskan bahawa kemampanan merupakan teras kepada misinya, dan inisiatif tertumpu pada usaha mengurangkan kesan alam sekitar.
Buat masa ini, BYD yang aktif di Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Makao serta negara-negara Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kini aktif menggalakkan penggunaan kenderaan tenaga baharu (NEV).
Melalui teknologi canggih dan penyelesaian tenaga baharu yang komprehensif, BYD menyokong pengangkutan yang lebih hijau di negara-negara BRI, bertujuan untuk menyumbang terhadap usaha perubahan iklim global dalam skala yang lebih besar, dan mencapai sasaran pengurangan suhu global sebanyak 1°C.
Editor People’s Daily Online, Ahmad Syukri Azmi diberi peluang untuk pandu uji kereta terbaharu kenderaan elektrik pacuan empat roda BYD iaitu DMO-5. (People’s Daily Online/Sun Hongyu)
JENAMA DI PASARAN GLOBAL SEMAKIN MENGUKUH
Kehadiran pasaran antarabangsa BYD telah berkembang dengan ketara, dengan jualan NEV melebihi 240,000 unit tahun lepas, sekali gus menyaksikan peningkatan 337 peratus tahun ke tahun.
Beroperasi di 83 negara dan wilayah, BYD telah menubuhkan kilang pembuatan di Brazil, Hungary dan Thailand, melambangkan gelombang baharu pembuatan China.
Sebagai jenama NEV pertama yang bekerjasama dengan Kejuaraan Eropah UEFA yang akan membuka tirainya pada Sabtu lalu, BYD meluaskan pengaruhnya di bumi Eropah dengan menangani pelbagai persekitaran pasaran dan perbezaan budaya melalui kerjasama kukuh dengan syarikat tempatan.
PERKONGSIAN STRATEGIK, R&D, TULANG BELAKANG BYD
Bagi BYD, perkongsian strategik adalah penting untuk usaha penyelidikan dan pembangunan.
Kerjasama dengan syarikat global dan institusi penyelidikan membolehkan BYD menyepadukan teknologi termaju dan amalan terbaik, selain meningkatkan kelebihan daya saingnya.
Berkongsi kemajuan teknologi dengan rakan kongsi global dapat membantu dalam mempercepat inovasi, dan menyumbang kepada kemajuan keseluruhan industri automotif.
Editor People’s Daily Online, Ahmad Syukri Azmi diberi penerangan tentang fungsi terkini bahagian dalam kereta terbaharu kenderaan elektrik pacuan empat roda BYD iaitu DMO-5. (People’s Daily Online/Yuan Meng)
PENERAJU PERALIHAN KENDERAAN ELEKTRIFIKASI, PINTAR
BYD turut meramalkan bahawa masa depan akan beralih kepada kenderaan elektrik dan pintar. Sebagai pendahulu dalam peralihan daripada elektrifikasi kepada pintar, BYD telah membangunkan inovasi seperti Sistem Kawalan Badan Pintar BYD DiSus, yang mentakrifkan semula kawalan dan interaksi kenderaan.
Model seperti Yangwang U8 mempamerkan keupayaan pemanduan autonomi termaju dan kawalan empat motor bebas, sekali gus menjadi epitome terhadap masa depan kenderaan elektrik dan pintar yang sangat bersepadu.
Pangkalan BYD Zhengzhou yang ditubuhkan pada September 2021 dengan jumlah pelaburan RMB50 bilion turut mencerminkan pendekatan bersepadu syarikat itu terhadap industri dan inovasi.
Antara kemudahan yang ditawarkan di pangkalan tersebut adalah kilang pengeluaran untuk kereta penumpang NEV, komponen teras, bateri kuasa dan bahan baharu. Pangkalan itu bertujuan untuk mencapai nilai keluaran tahunan sebanyak RMB150 bilion hingga RMB200 bilion, dan mewujudkan sekitar 60,000 peluang pekerjaan.
Dengan susun atur komprehensif dan integrasi menegak, ia secara tidak langsung memastikan standard kualiti dan kecekapan yang tinggi, selain menonjolkan komitmen BYD terhadap pembangunan berkualiti tinggi dan mengekalkan kedudukan sebagai peneraju dalam pengeluaran dan inovasi NEV.
- Kenderaan Elektrik China Suntik Semangat Baharu ke dalam Projek Hijau Pintar di Indonesia
- NEV China Pilihan Pemuda Melayu
- Jualan NEV China Catat 955,000 pada Mei
- China Umum Rancangan, Galakkan Penggunaan NEV di Desa
- EV China Tampil di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia
- Pengeluaran dan Jualan Automobil China Meningkat dengan Stabil
- CEO VW China: Perdalam Kerjasama Tempatan, Bantu Pembangunan EV Pintar China Capai Tahap Baharu
- Inovasi Menjadi Kuasa Penggerak Utama Pembangunan Ekonomi China: Pegawai IMF
- Syarikat EV China Bergemerlapan di Bangkok
- BYD Buka Kedai Terbesar di Filipina