- Lain-lain
Stesen 5G Tumbuh Bagai Cendawan
Juruteknik memeriksa sebuah stesen 5G di Tongling, provinsi Anhui. (Foto oleh Guo Shining/Untuk China Daily)
China telah membina 3.748 juta stesen pangkalan 5G setakat hujung April, dengan lebih 26 stesen per 10,000 orang, maklum Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat. Menurut kementerian itu lagi, lebih 30,000 rangkaian 5G persendirian untuk kegunaan perindustrian juga telah diasaskan.
Akademi Teknologi Maklumat dan Komunikasi China (CAICT) menganggarkan bahawa sepanjang lima tahun lepas, pengkomersialan 5G di China telah menyumbangkan kira-kira 5.6 trilion yuan secara langsung kepada output ekonomi, dan sekitar 14 trilion yuan secara tidak langsung. Ini banyak menyokong pembangunan sosioekonomi ke arah berkualiti tinggi.
“Nilai tambah ekonomi digital Beijing mencecah 1.87 trilion yuan tahun lepas, iaitu 42.9 peratus KDNK bandar itu, yang memainkan peranan penting dalam mendorong pembangunan ekonomi secara menyeluruh,” kata Su Shaolin, ketua Pentadbiran Komunikasi Beijing.
Memetik Hu Jianbo, timbalan ketua CAICT, 5G telah merangsang pembangunan pelbagai industri. Katanya, teknologi 5G telah menembusi 74 daripada 97 sektor utama ekonomi negara, dengan kadar penggunaan melebihi 76 peratus di peringkat industri.
- China Promosi Perkhidmatan Pelayaran 5G Rentas Rangkaian
- Stesen Pangkalan 5G Termaju Dilancarkan di Gunung Qomolangma
- Jaringan 5G-A Terbesar di Dunia Siap Dibina China Mobile Tahun Ini
- Gudang Pintar, Pusat Inovasi 5G Pertama Indonesia Dirasmikan
- Stesen Pangkalan 5G Berjumlah 33.77 Juta di China
- 2.937 Juta Stesen Pemancar 5G Dibuka pada H1
- Teknologi 5G Diaplikasi dalam 60 Peratus Ekonomi Negara: MIIT
- China Perluas Senario Penggunaan 5G
- Pendapatan Industri Perisian China Berjumlah 10T pada 2022
- Pendidikan Semakin Digital di China