- Lain-lain
EU Digesa Henti Politikkan Isu Dagangan
Kesatuan Eropah (EU) digesa supaya segera membetulkan kesalahan dan mengelak daripada merosakkan rasa saling percaya, dialog dan kerjasama antara China dengan EU.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar Lin Jian susulan pengumuman Suruhanjaya Eropah bahawa tarif sementara sehingga 38.1 peratus akan dikenakan ke atas kenderaan elektrik diimport dari China bermula 4 Julai.
Untuk itu, Lin menyelar tindakan EU seumpama adalah amalan perlindungan yang mengabaikan fakta serta peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
"Ia bertentangan dengan aliran sezaman dan takkan membawa keuntungan buat sesiapa pun,” ujar beliau dalam taklimat harian di Beijing pada Khamis.
Beliau turut menuntut EU supaya berhenti mempolitikkan isu dagangan, sebaliknya menyelesaikan pergeseran berkenaan menerusi dialog dan rundingan.
- China Bantah EU Lakukan Pemeriksaan Kejutan terhadap Syarikatnya
- Wang Yi Ditemui Kumpulan Diplomat Eropah
- Wakil Kanan EU Jose Borrell akan Lawat China
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan
- Dialog Ekonomi Peringkat Tinggi China-EU Dijadual Isnin Depan
- Eropah Perlukan Kemampuan Pilih Rakan Kerjasama secara Mandiri
- Presiden Majlis Eropah Bakal Lawat China