- Lain-lain
Rel China-Laos Catat Aliran Penumpang Seramai 8.72 Juta
Perkhidmatan kereta api China-Laos merekodkan aliran penumpang seramai 8.72 juta bagi lima bulan pertama tahun ini, meningkat 17.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Dari Januari hingga Mei, tren berkenaan mengendalikan sebanyak 10,642 perjalanan dengan hantaran penumpang purata harian mencatat 57,000.
Prestasi operasi rel itu secara tidak langsung menyuntik momentum kuat kepada pembangunan serantau.
Kerancakan pelancongan rentas sempadan merupakan antara penyumbang kepada ledakan aliran penumpang.
Perkhidmatan rel itu turut nenjadi pilihan utama bagi mereka yang melakukan urusan perniagaan serta program pertukaran budaya.
Demi memenuhi keperluan pengembaraan yang semakin meningkat, Biro Kunming China Railway mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kecekapan perkhidmatan antaranya mengoptimumkan pengoperasian tren serta sistem jualan tiket berasaskan data raya.
Khususnya, perkhidmatan penumpang antarabangsa antara bandar Xishuangbanna di China dengan Luang Prabang di Laos diperkenalkan untuk memudahkan perjalanan ulang-alik pengembara.
- Rel China-Laos Mudahkan Hantaran Buah Segar
- Hantaran Kargo Rel China-Laos Catat Lonjakan
- Operasi Laluan Kereta Api China-Laos Genap Setahun
- Genap Setahun Khidmat Penumpang Antarabangsa Rel China-Laos
- Rel China-Laos Catat Aliran Penumpang 30.2 Juta
- Dua Stesen Ditambah di Laluan Kereta Api China-Laos
- Trend Baharu: Pagi Makan Mi Yunnan, Malam Makan Mi Laos
- Laos Sambut Baik Ledakan Pelancongan Dibawa Kereta Api China-Laos
- Kereta api China-Laos Tambah 50 Tempat Duduk
- Hantaran Kargo Rel China-Laos Meningkat 94.91 Peratus