- Lain-lain
Xi Keluarkan Arahan mengenai Pembinaan Jalan Raya di Desa
Presiden China Xi Jinping baru-baru ini mengeluarkan arahan mengenai usaha menambahbaik pembinaan, pengurusan, penyelenggaraan dan pengendalian jalan raya di desa.
Beliau menekankan bahawa usaha harus dijalankan dengan terus-menerus dalam menjalankan pelbagai tugasan pada era baharu, antaranya termasuk terus melakukan pindaan terhadap dasar dan undang-undang, meningkatkan keupayaan mentadbir, dan bertindak pantas melaksanakan projek penaiktarafan tentang landskap jalan raya di desa untuk pusingan baharu. Ini berfaedah bagi pelaksanaan skim pembangunan desa yang menyasarkan peningkatan tahap keselesaan dan keindahan dalam setiap komuniti, pewujudan kemakmuran bersama dalam suasana harmoni, kebangkitan ekonomi desa secara menyeluruh, dan mempercepat langkah dalam mendorong pemodenan ala China khususnya dalam bidang pertanian dan ekonomi di kawasan luar bandar.