- Lain-lain
Teo Nie Ching: Kerjasama dengan China Penting untuk Pembangunan Digital, Telekomunikasi
Timbalan Menteri Komunikasi Malaysia, Teo Nie Ching menyifatkan kerjasama dengan China sebagai penting untuk Malaysia bagi mencapai sasaran pembangunan digital dan telekomunikasi.
Beliau berkata, kedua-dua negara tersebut juga boleh mendapat manfaat bersama dengan bekerjasama berdasarkan kekuatan yang saling melengkapi, serta membuka peluang baharu untuk pembangunan ekonomi.
Teo berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada Pameran Budaya dan Perdagangan Industri Pintar China di Kuala Lumpur, pada Isnin.
“Kedua-dua negara kita berkongsi sejarah yang panjang dalam kerjasama teknologi dan pameran ini menyediakan peluang berharga untuk (kedua-dua negara) memperkukuh lagi hubungan,” ujarnya.
Beliau turut menekankan bahawa kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada latihan kecerdasan buatan (AI) untuk golongan muda bagi memastikan Malaysia kekal berdaya saing dalam bidang tersebut.
(Foto/Kedutaan China di Malaysia)
Bagi Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing berpendapat bahawa sains, teknologi dan inovasi (STI) mampu menghasilkan industri, model perniagaan dan tenaga kinetik yang baharu, dengan elemen utamanya adalah membangunkan kuasa produktif kualiti yang baharu.
“Umat manusia kini sangat memerlukan kerjasama antarabangsa, keterbukaan dan perkongsian, serta kerjasama STI yang bertujuan untuk menerokai jalan penyelesaian terhadap isu global, mengharungi masa sukar bersama, dan bersama-sama mempromosikan pembangunan yang aman.
“Justeru, China telah mencadangkan pewujudan inisiatif kerjasama antarabangsa untuk teknologi dan sains, bagi mempromosi menggalakkan kerjasama sains dan teknologi antarabangsa yang terbuka, adil, saksama serta tidak mendiskriminasi selain bersama-sama membina komuniti sains dan teknologi global," tambah beliau.
Menurut Presiden Persatuan Usahawan China di Malaysia, Keith Li, pameran tersebut menghimpunkan hampir 100 syarikat dan organisasi dari China, Malaysia dan Singapura, dengan meliputi bidang termasuk data raya, pengkomputeran awan, telekomunikasi dan pendidikan.
- Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 Dirasmikan di Kuala Lumpur
- Malaysia, China Bincang Lanjut Tempoh Pinjam Panda
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia
- Malaysia Destinasi Hangat Susulan Pengecualian Visa kepada Warga China
- Kerjasama Ekonomi Perdagangan China-Malaysia Dinamik