- Lain-lain
China Kemas Kini Peraturan Pengeluaran Bateri Secara Besar-besaran
(foto/IC)
Pengawal selia industri China kini dalam proses melancarkan buku panduan utama terhadap kapasiti pengeluaran bateri litium-ion.
Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat pada Rabu melancarkan draf garis panduan yang akan membimbing syarikat pembuat bateri litium-ion bagi mengurangkan projek yang bertujuan semata-mata untuk mengembangkan kapasiti pengeluaran.
Sebaliknya, syarikat bateri litium-ion akan digalakkan untuk mengukuhkan inovasi teknologi, meningkatkan kualiti dan mengurangkan kos pengeluaran.
Memetik draf garis panduan itu, syarikat-syarikat tersebut dikehendaki membelanjakan sekurang-kurangnya 3 peratus daripada hasil untuk penyelidikan dan pembangunan, serta peningkatan teknologi.
Menurut ramalan Perikatan Inovasi Industri Bateri Kuasa Automotif China, menjelang 2025, kapasiti pengeluaran bateri litium-ion China berkemungkinan melebihi 3,000GWj. Namun demikian, kadar penggunaan kapasiti industri bateri litium-ion China pula menurun kepada kira-kira 40 peratus tahun lepas dan berkemungkinan mencapai 35 peratus menjelang 2025.
Pengasas dan Presiden Syarikat Perundingan Pasaran RealLi, Mo Ke berkata bahawa terdapat beberapa "lebihan struktur" dalam sektor bateri litium-ion, dengan kapasiti pengeluaran berkualiti tinggi yang tidak mencukupi, sementara kapasiti pengeluaran rendah yang berlebihan.
"Garis panduan terbaharu China akan memacu industri bateri litium-ion supaya menjadi lebih baik dan berkualiti tinggi," katanya.