- Lain-lain
Misi Kumpul Sampel dari Sisi Jauh Bulan Bermula
(CRI)Sabtu 04 Mei 2024
Prob penyelidikan Chang'e-6 memulakan misi mengumpul sampel dari sisi jauh Bulan, kata Pentadbiran Angkasa Negara China (CNSA).
Misi berkenaan menjadikan China sebagai negara pertama yang melakukan percubaan seumpama.
Menurut CNSA, Lembangan Kutub Selatan-Aitken (SPA) di bahagian jauh Bulan dipilih sebagai lokasi pendaratan dan tapak pensampelan untuk misi Chang'e-6.
Prob Chang'e-6 berjaya dimasukkan ke Orbit Pindah Bulan (LTO) selepas pelancarannya menggunakan roket pembawa Long March-5 Y8 dari Tapak Pelancaran Angkasa Wenchang di provinsi Hainan pada pukul 5.27 petang Jumaat.
CNSA memaklumkan, misi mendapatkan dan membawa pulang sampel berkenaan akan mengambil masa kira-kira 53 hari.
- China Lengkapkan Ujian Penyalaan Enjin Cecair Tujahan Terbesar
- China, Thailand Bakal Bekerjasama dalam Misi Teroka Bulan
- Roket Pembawa Boleh Guna Semula Buatan China Sasarkan Penerbangan Sulung Pada 2025
- Roket Long March 5-Y8 Bersiap untuk Misi Chang'e-6
- China Perkasa R&D Roket Boleh Diguna Semula
- China Lancarkan Roket Pembawa Zhuque-2 Y-3 dengan Jayanya
- China Berjaya Lancarkan Roket CERES-1 Y9
- China Sasar Jayakan Misi Darat Bulan Bermanusia Menjelang 2030
- Saintis China Temui Bahan Kaca dari Tanah Bulan
- CNSA, APSCO Tandatangani Kenyataan Bersama Kerjasama Penyelidikan Bulan Antarabangsa
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang