- Lain-lain
Pasukan Sokongan Maklumat PLA Ditubuhkan
(CRI)Sabtu 20 April 2024
Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) menubuhkan sebuah pasukan sokongan maklumat di Beijing pada Jumaat.
Presiden China, Xi Jinping membuat ucapan tahniah dan menyampaikan bendera kepada pasukan yang baru ditubuhkan itu.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat menegaskan, usaha perlu dibuat untuk bertindak pantas membina pasukan sokongan maklumat yang moden dan kuat dengan berpandukan strategi ketenteraan era baharu, di samping meningkatkan pembinaan pasukan tentera dari aspek politik, pembaharuan, sains dan teknologi, modal insan dan perundangan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang