- Lain-lain
Temui Barangan Bergaya Buatan China|Kasut Kain Tradisional Beijing
Kasut kain tradisional Beijing, dengan gaya klasik warna putih pada bahagian atasnya serta warna hitam pada tapaknya itu mula ditemui seawal 3,000 tahun dahulu.
Baru-baru ini, dengan Guochao (fesyen yang menggabungkan unsur moden dan unsur tradisional China) semakin menjadi trend, produk sangat sinonim dalam pemakaian tradisional China itu juga kembali popular.
Dengan elemen-elemen seperti tahan lama, fabrik lut udara, serap peluh dan anti bau, kasut itu sesuai bagi mereka yang mempunyai isu kaki kuat berpeluh.
Kini, kasut itu boleh didapati dalam platform Amazon dengan harga 14.99 dolar Amerika, iaitu kira-kira empat kali ganda berbanding harga di China. Lebih menarik, turut terdapat komen dari pembeli asing yang kini memahami faktor kasut itu yang sering dapat dilihat dalam filem kungfu.