- Lain-lain
Laporan AMRO Unjur Ekonomi China Naik 5.3 Peratus
Ekonomi ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) diramal merekodkan pertumbuhan sebanyak 4.5 peratus pada 2024 berbanding 4.3 peratus pada 2023, dan 4.2 peratus bagi tahun hadapan.
Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) dalam laporannya turut mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi China akan mencatat 5.3 peratus tahun ini dan 4.9 peratus pada tahun depan.
Laporan itu berbunyi, siri dasar dan langkah diambil kerajaan China memainkan peranan penting dalam memastikan pertumbuhan ekonomi kekal di paras 5.2 peratus pada tahun lalu, biarpun menghadapi pelbagai cabaran.
Faktor seperti kadar pengangguran menurun, pendapatan boleh guna per kapita semakin meningkat serta industri baru muncul strategik yang berkembang pesat, turut menyumbang kepada pemulihan mantap ekonomi China pada tahun ini.