99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Hati-hati Disusup 'Kuda Trojan'

(CRI)Isnin 08 April 2024

Amerika Syarikat (AS), Jepun, Australia dan Filipina dilaporkan mengadakan latihan maritim bersama di Laut China Selatan pada Ahad.

Media Filipina berterus-terang mengatakan bahawa latihan bersama itu bertujuan untuk mengimbang balas China.

Sejak tahun lepas, Filipina terus-menerus melakukan provokasi di Laut China Selatan dan berulang kali menceroboh masuk perairan berhampiran Pulau Huangyan dan Terumbu Ren'ai.

Pada 21 Mac, seramai 34 individu dari negara itu didapati mendarat secara haram di Terumbu Tiexian tanpa mempedulikan amaran China.

Minggu lalu, beberapa kapal Filipina melakukan kegiatan haram di sekitar Terumbu Houteng Kepulauan Nansha. Pengawal Pantai China (CCG) turut bertindak balas mengikut undang-undang.

Filipina mendakwa dirinya mengejar keamanan serantau, namun apa yang dilakukannya mencetuskan konflik dan konfrontasi.

Negara itu sanggup berbuat sebegitu kerana dihasut dan diberi sokongan kuasa luar antaranya AS.

Filipina sangat bergantung kepada kuasa luar dari segi ketenteraan dan keselamatan. Negara terbabit mengawal Filipina menerusi program bantuan, latihan ketenteraan dan rondaan bersama.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Senat Filipina Imee Marcos berkata kerajaan menerima sumbangan Barat untuk pertahanan dan keselamatan maritim, bersamaan mengalu-alukan kemasukan 'kuda Trojan' yang mengundang campur tangan asing.

Perkara itu kemungkinan membawa kepada konflik jangka panjang, kata Imee sambil menggesa supaya kerajaan Filipina meningkatkan persefahaman dengan China dan mengelak daripada menimbulkan masalah dalam isu maritim.

Pandangan beliau sejajar dengan pendirian serta dasar majoriti anggota ASEAN.

Filipina mesti kembali ke keluarga besar Asia Tenggara, mengikut trend sejarah, menegakkan kemandirian strategik dan bersama-sama menjaga ketenteraman serantau.

Tindakan provokatif dilakukan Filipina dalam isu Laut China Selatan hanya akan membawa kemudaratan kepada dirinya sendiri.

Video

Berita Berkaitan