99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

China, AS Setuju Tingkatkan Dialog dan Kawal Perselisihan

(CRI)Isnin 08 April 2024

Perkembangan hubungan China-AS yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini. Dalam perbualan telefon tidak lama dahulu, Presiden Xi Jinping dan Presiden Joe Biden telah bersetuju untuk meningkatkan dialog, mengawal perselisihan dan mendorong kerjasama demi perkembangan hubungan bilateral ke arah yang stabil. China berharap menjadi rakan, dan bukan pelawan dengan AS, dan bersedia hidup bersama secara damai berdasarkan prinsip saling menghormati, kerjasama dan sama menang. Hendaklah bertindak pantas melaksanakan kata sepakat penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara supaya dapat merealisasikan "Wawasan San Francisco".

Demikian dinyatakan Perdana Menteri China Li Qiang ketika ditemui Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), Janet L. Yellen di Beijing pagi semalam.

"Pembangunan industri sumber tenaga yang boleh diperbaharui di China akan memberi sumbangan yang signifikan bagi transformasi ekonomi global ke arah karbon rendah yang hijau. China bersedia bersama dengan AS menghadapi cabaran global melalui peningkatanan penyelarasan dalam bidang penggubalan serta pelaksanaan dasar tentang pelbagai isu seperti menangani perubahan iklim," kata Li.

Yellen pula berkata, hubungan AS-China menjadi lebih stabil melalui usaha bersama-sama. Sebagai dua entiti ekonomi terbesar di persada global, AS dan China perlu menangani hubungan ekonomi bilateral secara bertanggungjawab. Pihaknya menghargai kemajuan yang dicapai dalam kerjasama dialog ekonomi kedua-dua negara, dan tidak berniat akan "memutuskan hubungan" dengan China.

"AS bersedia bersama-sama China untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai pemimpin kedua-dua negara semasa pertemuan mereka di San Francisco, melakukan komunikasi dengan ikhlas, mengelakkan kesalahfahaman, meningkatkan kerjasama, merancakkan interaksi, serta berhemah menangani dan mengawal perselisihan supaya dapat bersama-sama menghadapi cabaran global yang mendesak dan mendorong hubungan AS-China berkembang dengan stabil," tambah beliau.

Video

Berita Berkaitan