99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Riuh Taklamakan Selepas Telaga Minyak Lebihi 10,000 Meter

Pada pukul 2 petang 4 Mac, kedengaran bunyi sorak-sorai pekerja di telaga minyak Shendi Tako-1, Xinjiang.

“10,000 meter!” teriak mereka kegembiraan melihat kedalaman telaga melepasi paras lima angka, hasil penggerudian selama 279 hari.

(foto/Xinhua)

(foto/Xinhua)

Dengan ini, Shendi Tako-1 menjadi telaga minyak darat kedua di dunia yang kedalamannya melebihi 10,000 meter, juga telaga pertama di Asia yang digerudi menegak yang mencapai kedalaman tersebut.

Terletak di pedalaman Gurun Taklamakan, di kaunti Xayar, daerah Aqsu, telaga Shendi Tako-1 merupakan sebuah projek yang diusahakan PetroChina di Medan Minyak Tarim. Pelaksanaannya mempunyai dua tujuan utama, iaitu eksplorasi saintifik, dan juga penerokaan minyak dan gas asli.

Kedalaman telaga yang ditetapkan menurut rekaan ialah 11,100 meter. Penggerudian dimulakan pada 30 Mei 2023, mencatat rekod dunia bagi penggerudian paling pantas untuk sampai ke kedalaman 10,000 meter.

(foto/Xinhua)

(foto/Xinhua)

Berdepan pelbagai cabaran yang menyukarkan kerja menggerudi di paras yang begitu dalam, China membangunkan sendiri rig automatik pertama di dunia yang khusus untuk menggali telaga ultra-dalam sehingga 12,000 meter. Pendekatan inovatif juga membolehkan China membangunkan teknologi-teknologi penting seperti bendalir gerudi suhu ultra-tinggi 220 Celsius dan trak peretakan bertekanan tinggi 175 megawatt.

“Teras batu di kedalaman puluhan ribu meter sama berharga dengan tanah bulan,” kata Yang Xianzhang, naib presiden Institut Penyelidikan Eksplorasi dan Pembangunan Medan Minyak Tarim. Ia akan memainkan peranan penting dalam membawa pemahaman baru tentang geologi.

Video

Berita Berkaitan