- Lain-lain
Kapal Tianzhou-7 Bercantum dengan Stesen Angkasa Tiangong
Kapal angkasa lepas kargo Tianzhou-7 menyelesaikan seting status setelah memasuki orbit dan berjaya bercantum dengan stesen angkasa Tiangong pada Khamis, menurut Agensi Angkasa Bermanusia China (CMSA).
Menurut CMSA, kapal kargo Tianzhou-7 berlabuh di pelabuhan belakang modul teras Tianhe pada pukul 1.46 awal pagi waktu Beijing. Tianzhou-7 kemudian beralih ke status penerbangan kombinasi.
Kru kapal angkasa Shenzhou-17 akan memasuki kapal Tianzhou-7 dan memindahkan barang mengikut rancangan.
Percantuman kali ini buat julung kalinya diselesaikan menggunakan pelan percantuman pantas tiga jam sejak stesen angkasa Tiangong mula dibina.
Sebelum ini, pelan percantuman pantas dua jam dan 6.5 jam masing-masing dijalankan oleh kapal angkasa kargo Tianzhou-5 dan kapal angkasa bermanusia Shenzhou-12.
Menurut ahli penyelidik, percantuman pantas tiga jam mempunyai kebolehsesuaian yang lebih kuat dan meluas, sekali gus dapat meningkatkan daya percantuman berautomasi kapal angkasa kargo, memperluas cara percantuman dan memimpin perkembangan teknologi berkenaan.
- Kapal Kargo Tianzhou-7 Diangkut ke Tempat Pelancaran
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Berjaya Masuk Atmosfera
- China Lancar Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-6
- Kapal Kargo Tianzhou-6 Bakal Dilancarkan
- China Rancang Lancar Dua Kapal Angkasa Bermanusia Setiap Tahun
- Angkasawan China Berjaya Masuk Tianzhou-5
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Berjaya Dilancarkan
- Kapal Angkasa Kargo Tianzhou-5 Akan Dilancarkan pada Masa Sesuai