- Lain-lain
Pangkalan Industri Lama Depan Peluang Baharu
Heilongjiang, Jilin dan Liaoning, tiga provinsi di timur laut China ini merupakan pangkalan industri tradisional di negara ini. Kini pangkalan industri lama tersebut berdepan peluang pembangunan baharu.
Pada tahun ini, pelancongan ais dan salji diintegrasikan dengan sektor sukan dan pembuatan, menjadikan gunung ais dan salji sebagai gunung emas dan perak.
Pakej pelancongan istimewa seperti "Ais dan salji + makanan enak", "ais dan salji + lawatan sambil belajar" menjadi topik hangat dan menjadi pilihan ramai pelancong China.
Di Dunia Ais dan Salji Harbin, sebanyak 250,000 meter padu ais dan salji digunakan untuk pembinaan taman seluas 810,000 meter persegi itu. Pada hari pertama taman itu dibuka, penempahan dalam tiga jam pertama telah melebihi 40,000.
Di sebalik kehangatan industri ais dan salji, adalah industri pembuatan tradisional yang kukuh dari aspek membuat kelengkapan di padang salji, dan peralatan aktiviti ais dan salji berkenaan. Syarikat terbabit menjadi tonggak melalui teknologi canggih. Pada masa akan datang, syarikat tempatan akan meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D), di samping memperluas skop perindustrian.
- Arca Ais 12 Zodiak Cina Didirikan di Harbin
- "Dunia Ais dan Salji Harbin" China Dapat Gelaran "Taman Bertemakan Ais dan Salji Terbesar di Dunia"
- Gelongsor Ais 521 Meter Jadi Tarikan Utama Dunia Ais dan Salji Harbin
- Arca Salji Kreatif di Timur Laut China Sedia Sambut Pelancong
- Orang Salji Gergasi di Harbin Hampir Siap
- Tanah Lembap Terlindung Baik, Gamit Kehadiran Burung Jenjang
- Heilongjiang Teruskan Momentum Olimpik Musim Sejuk
- Burung Hijrah Kembali Sementara Ais Mulai Cair di Sungai Wusuli
- Orang Salji Gergasi Harbin Tersergam Megah
- Dunia Ais-Salji Harbin Lakukan Ujian Operasi