- Lain-lain
China Letakkan Deep-sea Mooring Pertama di Perairan Kutub Selatan
Dalam misi ekspedisi ke-40 di Kutub Selatan, pasukan China buat kali pertama berjaya meletakkan deep-sea subsurface mooring di perairan Amundson kelmarin.
Naib ketua pasukan ekspedisi, Wang Jinhui memaklumkan, pemantauan dan tinjauan yang berjangka masa panjang akan dijalankan terhadap kelompok krill yang hidup di lapisan atas laut menerusi eko-sensor utama kendalian sistem bui di bawah permukaan laut yang dilengkapi fasiliti optik dan akustik itu.
Sistem deep-sea subsurface mooring yang diletakkan sedalam 3,000 meter untuk berfungsi setahun itu dijadualkan mengumpulkan data melibatkan kelompok krill dan ekologi persekitaran.
Dimaklumkan bahawa sistem deep-sea subsurface mooring itu kondusif untuk menguasai taburan kelompok krill mengikut musim yang berlainan, dan menganalisis keadaan hidupan spesies utama di Kutub Selatan dan pengaruh yang berpotensi yang dibawa perubahan iklim terhadapnya, supaya dapat menyediakan rujukan santifik bagi pemeliharaan ekologi lautan di kawasan Kutub Selatan.
- Dasar Bebas Visa: Kunming Catat Lonjakan Besar Pelancong Asing
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Atas Pembelajaran Bahasa, Tingkat Persahabatan China-Vietnam
- Shenzhen, Bandar yang Capai Keseimbangan antara Pembangunan dan Alam Sekitar