- Lain-lain
Pengecualian Visa kepada 6 Negara Undang Lebih 110,000 Pelancong
Menurut statistik yang diumumkan Pentadbiran Imigresen Kebangsaan (NIA) China, sejak China mengecualikan visa kepada pemegang pasport Perancis, Jerman, Itali, Belanda, Sepanyol dan Malaysia mulai 1 Disember 2023, jumlah pelancong dari negara-negara tersebut mencatat 214,000, iaitu meningkat 28.5% berbanding November. Di antaranya, 110,000 orang masuk tanpa visa, iaitu 55.1% daripada jumlah keseluruhan.
Pintu sempadan di seluruh negara juga menyaksikan peningkatan pelancong dari enam negara tersebut.
Pada 2 Disember, dengan penerbangan AK168 dari Kuala Lumpur mendarat di Nanning, 54 orang warga Malaysia, yang juga kumpulan pertama mendapat manfaat daripada pengecualian visa, masuk sempadan China.
Di samping itu, pintu sempadan Beijing pula mengendalikan kemasukan 12,000 orang tanpa visa dari enam negara tersebut setakat 31 Disember.
Maklum NIA, pihaknya akan berusaha memudahkan lagi kemasukan tanpa visa termasuk menempatkan lebih banyak anggota polis dan membuka lebih banyak kaunter.