- Lain-lain
Kapal Peneroka Laut Beri Perkhidmatan untuk Indonesia
Haiyang Shiyou 720, kapal peneroka geofizik air China membawa sistem "Haijing" iaitu set lengkap peralatan penerokaan seismos ultra dalam laut yang dibangunkan oleh China, berlepas dari Pelabuhan Zhanjiang, selatan China pada 24 Disember dan menuju ke Indonesia untuk menawarkan perkhidmatan teknologi penerokaan seismos kepada negara Asia Tenggara itu.
Ia juga kali pertama kapal tersebut menawarkan perkhidmatan seumpama di luar negeri China.
Sistem "Haijing" adalah set lengkap peralatan pengumpulan data geologi yang boleh meningkatkan resolusi data penerokaan secara ketara.
Projek perkhidmatan teknikal penyiasatan seismos kali ini adalah operasi kali pertama sistem "Haijing" di luar China, selepas ia menyelesaikan operasi penyiasatan air ultra dalam lebih daripada 3,000 meter di muara Sungai Mutiara.
Projek kerjasama antara China dengan Indonesia tersebut mempunyai makna penting dalam mempromosikan pembangunan industri minyak dan gas laut melalui teknologi China dan mempromosikan kerjasama Jalur dan Laluan.
- "Meng Xiang", Kapal Penggerudi Lautan yang Paling Canggih di Dunia
- Kapal Tentera Laut Malaysia, Vietnam Akhiri Lawatan di Hong Kong
- Kapal Xuelong-2 Bakal Masuk Perairan Antartika
- Kapal Jepun Diusir Keluar Perairan Pulau Diaoyu
- Kapal Pintar Kelas 100,000 Tan untuk Aquakultur Marin Beroperasi Pantas
- Kapal Persiaran Gergasi Buatan China Pertama Hampir Siap
- Kapal Mata Arah Besar Haixun 156 Beroperasi
- Kapal Peninjau Pintar Tanpa Kru yang Pertama di Dunia Beroperasi