- Lain-lain
Forum Inovasi Hijau dan Pembangunan Lestari di San Francisco
"Forum Inovasi Hijau dan Pembangunan Lestari" anjuran bersama oleh Pusat Tenaga Lestari APEC (APSEC) dan Majlis Tenaga Hijau Amerika Syarikat (AS)-China (UCGEC) diadakan di San Francisco kelmarin.
Para hadirin telah berkongsi maklumat tentang dasar dan teknologi inovatif dalam proses penyahkarbonan di rantau Asia Pasifik, dan membincangkan pendekatan baharu serta pelan tindakan untuk merealisasikan peneutralan karbon serantau.
Pengarah Eksekutif APEC, Rebecca Fatima Sta Maria menegaskan peri pentingnya melakukan transformasi dalam bidang penggunaan tenaga dan pembangunan lestari serantau.
Presiden UCGEC, Wang Qi menyeru bahawa hendaklah mempercepat inovasi teknologi, mengoptimumkan kelebihan milik masing-masing dalam senario Asia Pasifik, dan memperdalam kerjasama bilateral dan multilateral.
Pengerusi Jawatankuasa Tenaga Negeri California AS, David Hochschild menyifatkan kerjasama pihaknya dengan China amat penting dalam proses menangani perubahan iklim. Setelah mendampingi Gabenor Negeri, Gavin Newsom melawat China pada Oktober lalu, David Hochschild menilai tinggi pencapaian China dalam bidang kenderaan elektrik bateri (BEV) dan kereta api berkelajuan tinggi (HSR).
- Pegawai Kanan AS Sambut Kedatangan Presiden Xi Jinping di Lapangan Terbang
- Xi Berlepas Menuju ke San Francisco untuk Pertemuan Pemimpin China-AS dan Mesyuarat Pemimpin APEC
- Pemimpin China, AS akan Bincang Isu Penting Hubungan Dua Hala dan Global
- Semarakkan "Semangat Keluarga Besar APEC"
- APEC: Penyelarasan Pelbagai Hala, Kunci Tangani Pelbagai Cabaran
- Pakar Indonesia: Menstabilkan hubungan China-AS penting bagi Asia Pasifik
- Asia Pasifik Manfaatkan Kemakmuran China
- Ekonomi Paling Dinamik Kekal di Asia-Pasifik
- Pekan Cina San Francisco Anjur Aktiviti Sempena Mesyuarat APEC
- Xi, Biden Bakal Bertemu di San Francisco