99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Latihan Ketenteraan Bersama Multilateral "Aman Youyi-2023" Bermula

(CRI)Selasa 14 November 2023

Latihan ketenteraan bersama multilateral yang berkod Aman Youyi-2023 (iaitu Keamanan dan Persahabatan-2023) dirasmikan di Zhanjiang, provinsi Guangdong China pada pagi Isnin.

Majlis perasmian itu turut dihadiri anggota tentera dari enam negara yang melibatkan China, Malaysia, Kemboja, Laos, Thailand dan Vietnam.

Latihan ketenteraan bersama multilateral yang membabitkan lebih 3,000 anggota tentera dalam dan luar negara kali ini akan berlangsung hingga 22 Nov.

Pasukan yang menyertai latihan bersama ini termasuk Markas Teater Selatan Tentera Pembebasan Rakyat China, dan pasukan detasmen darat serta kapal tentera laut dari negara lain.

Latihan ketenteraan bersama yang melibatkan latihan darat dan laut yang berfokus kepada "operasi ketenteraan bersama untuk membanteras keganasan dan memelihara keselamatan maritim" ini, merupakan siri latihan sedemikian yang pertama yang diadakan di China, dengan membabitkan penglibatan negara asing yang terbanyak.

Aktiviti pertandingan sukan, gala malam kesenian dan majlis resepsi dek juga akan diadakan semasa berlangsungnya latihan ketenteraan ini.

Video

Berita Berkaitan