- Lain-lain
WYSS 2023 Buka Tirai di Wenzhou
Sidang Kemuncak Saintis Muda (WYSS) 2023 membuka tirai di Wenzhou, provinsi Zhejiang, timur China pada Sabtu.
Hampir 800 sarjana, wakil institusi, usahawan dan saintis muda dari dalam dan luar negara menyertai sidang tersebut, untuk membincangkan pengaplikasian inovasi sains dan tekonogi dalam mendorong pembangunan mampan.
Sejak penganjuran kali pertamanya pada tahun 2019, WYSS telah diadakan selama lima tahun berturut-turut, sehingga menjadi salah satu temasya sains dan teknologi berprestij di arena antarabangsa.
Pengerusi Persatuan Sains dan Teknologi China (CAST), Wan Gang dalam ucapan video pada majlis pembukaan sidang kemuncak itu menyifatkan keterbukaan sebagai keaslian sains dan inovasi.
Beliau menyatakan bahawa asas kerjasama sains dan teknologi tersemai dalam hubungan rakyat, manakala masa depannya bergantung kepada golongan belia.
"China yang semakin maju, inovatif, terbuka dan inklusif akan memberi platform yang luas kepada saintis muda seluruh dunia."
"Saya berharap anda sekalian dapat menjadi utusan persahabatan dan jambatan kerjasama, mempertontonkan China yang sebenar dan komprehensif kepada komuniti sains dan teknologi global melalui pengalaman anda di negara ini, supaya membantu dunia mengetahui dan memahami China dengan lebih mendalam," kata Wan.
Buat julung-julung kalinya, Anugerah Saintis Muda Pembangunan Mampan pertama akan diberikan sempena sidang kemuncak edisi ini, bagi memberikan pengiktirafan kepada saintis muda yang mencapai prestasi cemerlang serta memberikan sumbangan signifikan dalam bidang pembangunan mampan.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou