- Lain-lain
China Janji Terus Sokong Projek Berpaksikan Rakyat di Luar Negara
Agensi Kerjasama Pembangunan Antarabangsa China (CIDCA) berjanji akan terus memberi sokongan terhadap projek-projek berpaksikan rakyat yang dilaksanakan di luar negara.
Naib Pengerusi CIDCA, Tang Wenhong berkata pelbagai projek berskala kecil yang berkaitan kebajikan rakyat giat dijalankan di negara terbabit.
Projek berkenaan antaranya mencakupi teknologi Juncao (tumbuhan herba diguna sebagai substrat untuk penanaman kulat yang boleh dimakan atau penghasilan baja, tenaga biojisim dan lain-lain), terapi gabungan berasaskan artemisinin dan terbitannya (ACT) untuk malaria, padi kacukan dan Bengkel Luban.
"Teknologi Juncao berjaya diperkenal ke lebih 100 buah negara dan telah pun menjadi sumber pendapatan masyarakat tempatan, khususnya membantu kaum wanita mendapatkan pekerjaan yang diingini."
"Jumlah kes malaria di Comoros menunjukkan penurunan sebanyak 98 peratus dengan sifar kematian menyusuli bantuan rawatan ACT daripada China,” jelas Tang.
Menurut beliau, teknologi padi kacukan membantu Mozambique meningkatkan pertambahan output hasil padi kepada lapan tan per hektar berbanding 1.5 tan per hektar.
Bengkel Luban juga menyumbang kepada pembangunan sekumpulan besar bakat dari negara terbabit, tambah Tang.
"Ungkapan ‘small yet smart’ yang merujuk kepada projek berskala kecil berpaksikan rakyat, meniti dari bibir ke bibir orang ramai."
"Untuk langkah seterusnya, pihak kami akan mengukuhkan sokongan kepada pelaksanaan sebanyak 1,000 projek berkenaan bagi membantu negara membangun mewujudkan pembangunan hijau dan terangkum," kata beliau.
- Wartawan Asing Saksi Kehangatan Liga Bola Keranjang Desa di Guizhou
- Sanjiangyuan: Selangkah Saja dari Langit
- Jelajah Inspirasi China: BRI Dipuji Pegawai Tanzania kerana Galakkan Kerjasama, Ketersambungan global
- Lawatan Inspirasi ke Seluruh China: Guru dari Malta Puji BRI
- Melangkaui Batasan: Perjalanan Gadis 16 Tahun
- China Hantar Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan ke Afghanistan
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Palestin
- Bahan Bantuan China Tiba di Lapangan Terbang Herat
- Pembiayaan China Bantu Pembangunan Afrika
- Bencana Afghanistan: China Bersedia Beri Bantuan Kecemasan
- Pasukan "Malaikat Damai" China Sediakan Perubatan di Kemboja
- Barang Bantuan China Dihantar ke Libya Hari ini
- Jarak Pelayaran Kapal Hospital "Peace Ark" Catat 280,800 Batu Nautika
- Kapal Peace Ark Harumkan Nama China
- China Bantu Sudan Atasi Krisis Kemanusiaan