- Lain-lain
Wang Yi: Pulihkan Hubungan China-AS yang Sihat dan Stabil
Menteri Luar China, Wang Yi dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengadakan perbincangan di Washington pada Khamis, sebelum bersama-sama menghadiri sesi temu bual dengan wartawan dalam masa singkat.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, lawatannya ke AS kali ini sebagai membalas lawatan Setiausaha Negara Blinken ke China pada bulan Jun.
“China dan AS bukan sahaja mempunyai perselisihan dan pertentangan, tetapi juga mempunyai kepentingan bersama dan cabaran yang perlu ditangani bersama. Dengan ini, kedua-dua negara memerlukan dialog.
"Dialog ini bukan sahaja perlu dipulihkan, tetapi juga perlu diperincikan secara komprehensif bagi meningkatkan persefahaman antara satu sama lain, mengelakkan salah faham, serta memperluaskan konsensus bagi menjalankan kerjasama yang saling menguntungkan, sekali gus menggalakkan hubungan dua hala kembali ke landasan pembangunan yang sihat, stabil dan mampan dengan secepat mungkin, kata Wang.
“China memandang ringan terhadap desas-desus yang wujud sedikit sebanyak dalam hubungan China-AS. Kami percaya, kayu ukur yang menentukan siapa betul dan siapa salah bukan kuasa miliknya yang besar atau suaranya yang lantang, tetapi perlu dirujuk kepada sama ada ia mematuhi peraturan dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, undang-undang antarabangsa dan norma asas hubungan antarabangsa, dan sama ada ia selari dengan trend pembangunan dan kemajuan zaman.
“China percaya, fakta akan membuktikan segala-galanya, dan sejarah akan memberikan penilaian yang adil,” tambah beliau.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou
- Presiden Xi Bertemu Gabenor California
- Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS
- Xi Harap NUCSCR Terus Dorong Perkembangan Hubungan China-AS
- Delegasi AS Tiba di Beijing bagi Dialog Ekonomi China-AS Landasan Kedua
- Hubungan Dagangan China, AS Perlu Dimanfaatkan Sepenuhnya: Duta
- PM Li: Hubungan yang Sihat dan Stabil, Kondusif bagi China-AS
- Wang Wentao Temui Setiausaha Perdagangan AS
- Setiausaha Perdagangan AS Bakal Lawat China
- Surat Balas Xi Kepada Persatuan Pertukaran Pelajar dan Belia AS-China
- Xi Temui Henry Kissinger