- Lain-lain
Teknologi Moden Hidupkan Mural Berusia 600 Tahun
Terletak di bahagian barat bandar Beijing, Kuil Fahai yang dibina pada tahun 1439 terkenal dengan lukisan dindingnya yang sangat cantik lagi mengagumkan.
Lukisan dinding berusia 600 tahun di dalam kuil itu merupakan antara karya representatif seni mural tradisional China.
Dicipta menggunakan bahan pewarna daripada mineral dan tumbuhan, lukisan berkenaan kelihatan berkilau-kilauan dan stereoskopik.
Kini, lukisan mural di Kuil Fahai dihidupkan menerusi penggunaan teknologi digital.
Di ruang pameran seluas 1,800 meter persegi, lukisan mural yang melibatkan watak berbeza berjaya disajikan kepada pengunjung pada skrin 360 darjah.
Usaha pembaikpulihan menggunakan teknologi digital turut membolehkan pengunjung menghayati pesona dan perincian mural dengan lebih jelas.