- Lain-lain
Xi Mahu Pasukan Tentera Tingkatkan Kesiagaan untuk Bertempur
Presiden China Xi Jinping mahu pasukan tentera China meningkatkan kesiagaan untuk bertempur secara komprehensif.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat, membuat penekanan itu ketika meninjau ke Kumpulan Tentera Ke-78 pada 8 September lalu.
Beliau mengatakan bahawa pasukan tentera perlu melaksanakan pemikiran untuk menguatkan angkatan tentera dan prinsip strategi ketenteraan pada era baharu, membaharui cara pembinaan, pengurusanan dan cara pertempuran kumpulan tentera, meningakatkan kesiagaan untuk bertempur secara komprehensif, agar melaksanakan dan menaati misi dan tugas yang diamanahkan oleh Parti dan rakyat.
Xi menyatakan, kawasan-kawasan di utara dan timur laut negara ini mengalami bencana alam seperti hujan lebat dan banjir. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) dan Polis Bersenjata segera bergegas ke kawasan terbabit untuk menjalankan operasi menyelamat, menjamin keselamatan nyawa dan harta rakyat.
Sementara itu, Xi juga memuji kejayaan pembangunan dan pelaksanaan misi Kumpulan Tentera Ke-78 sejak ia ditubuhkan.
Menurutnya, pasukan tentera perlu meningkatkan mutu dan taraf kesiagaan untuk bertempur, meningkatkan daya tempur serta integrasi antara tenaga bertempur, unit bertempur dan elemen bertempur demi membentuk sistem pertempuran bersepadu.
- Xi Balas Surat Kadet Baharu
- Xi Balas Surat Askar Payung Terjun
- Xi Tinjau Tentera Udara Kawasan Medan Barat
- Perhebat Tadbir Urus Tentera, Dorong Pembangunan Berkualiti Tinggi PLA: Xi
- Pentingnya Pertingkat Kepimpinan Parti ke atas Tentera:Xi
- Xi Tinjau Teater Timur PLA
- AS Didesak Henti Calar Imej Tentera China
- Tempa ‘Tembok Besar Keluli’, Pertahan Sempadan Negara: Xi
- Kapal Tentera Laut China Sertai LIMA 2023
- Xi Harap Kru Kapal Selam Jadi Angkatan Elit