99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Pelepasan Air Kumbahan Nuklear: Jenayah Perang terhadap Alam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 07 September 2023

Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People’s Daily Online. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Kartun oleh Ma Hongliang. (Foto diperoleh untuk People’s Daily Online. Penggunaan tanpa izin adalah dilarang.)

Pada 24 Ogos, kerajaan Jepun memulakan pelepasan air kumbahan nuklear Fukushima ke dalam laut, satu keputusan yang dibuat secara sepihak tanpa mengendahkan suara masyarakat antarabangsa.

Air tercemar Fukushima, dunia menanggung padah. Sesetengah individu di Jepun yang berpandangan jauh telah menyifatkan tindakan yang diambil kerajaan negara itu tanpa menghiraukan pendapat umum sebagai sangat tidak bertanggungjawab. Ini bukan sahaja melanggar Konvensyen Antarabangsa mengenai Undang-undang Laut, tetapi juga akan meninggalkan akibat yang tidak berkesudahan kepada seluruh umat manusia.

“Jepun, kami sangat marah!”

“Pertahankan Lautan Pasifik, lindungi anak-anak kita!”

Di Korea Selatan, Fiji dan negara-negara lain, orang ramai telah mengadakan perhimpunan untuk membantah sekeras-kerasnya perbuatan kerajaan Jepun melepaskan air kumbahan nuklear Fukushima ke dalam laut.

Pelepasan air kumbahan nuklear bukanlah sesuatu yang boleh dianggap urusan dalaman negara Jepun kerana perkara ini berkait rapat dengan persekitaran marin dan kesihatan manusia. Jepun harus segera menghentikan tingkah laku ini yang membawa risiko kepada persekitaran marin global dan kesihatan manusia sejagat, bukannya mengayun langkah lebih jauh ke jalan yang memusnahkan alam sekitar dengan sewenang-wenangnya.

Video

Berita Berkaitan