99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Skala CAEXPO Ke-20 Kembali Normal

(CRI)Isnin 28 Ogos 2023

Sejumlah 1,700 perusahaan dari lebih 40 buah negara dan rantau disahkan akan menyertai Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan China-ASEAN (CABIS) Ke-20 di Nanning, Wilayah Autonomi Guangxi.

Pada kali ini, 30 peratus ruang pameran telah diperuntukkan untuk peserta negara luar, sekali gus menyaksikan pemulihan kedua-dua acara itu ke taraf sebelum pandemik COVID-19.

Menurut Naib Menteri Perdagangan China, Li Fei, tema yang dipilih untuk edisi kali ini adalah, 'Membina Kampung Halaman secara Harmoni, Menghadapi Masa Depan dengan Senasib – Mendorong Perkembangan Berkualiti Tinggi Inisiatif Jalur dan Laluan serta Membangunkan Pusat Pertumbuhan Ekonomi'.

Beliau berkata, dengan momentum ulang tahun ke-20, program empat hari terbabit yang bermula pada 16 September dilihat menjadi wahana penting keterbukaan dan kerjasama, di samping berperanan positif dalam mendorong integrasi ekonomi serantau.

Naib Pengerusi Majlis China bagi Promosi Perdagangan Antarabangsa (CCPIT), Zhang Shaogang berkata, Forum Pemimpin Perniagaan China-ASEAN dan Sambutan Ulang Tahun Ke-20 CABIS juga akan diadakan secara serentak semasa berlangsungnya CAEXPO dan CABIS.

"Kami akan mempamerkan suasana perniagaan China dan peluang perdagangan dan pelaburan menerusi platform dalam talian “Melabur ke China”, serta menganjurkan lawatan dan rundingan pelaburan," ujar beliau.

Sementara itu, Naib Pengerusi Guangxi, Sui Guohua memaklumkan bahawa China akan menumpu kepada kerjasama dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, kestabilan rantaian pembekalan industri, kemudahan perdagangan dan pelaburan.

Justeru katanya, buat kali pertamanya China akan membuka kawasan pameran teknologi digital, syarikat tersenarai, reka bentuk industri, pertanian cerdas, yang menarik hampir 100 perusahaan terkenal.

"Kami juga akan melancarkan ekspo secara dalam talian supaya pavilion berkenaan boleh dilihat dan dikunjungi secara maya," kata Sui.

Video

Berita Berkaitan