99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Makmal Angkasa Nasional China Beroperasi

(CRI)Isnin 21 Ogos 2023

Makmal Angkasa Nasional China sebagai satu komponen dalam mekanisme sains dan aplikasi angkasa dekat bumi yang bercirikan China, mula beroperasi baru-baru ini. Demikian dimaklumkan oleh Jurucakap penerangan projek angkasa lepas bermanusia yang juga Naib Pengarah pejabat projek angkasa lepas bermanusia China, Lin Xiqiang dalam sidang taklimat mengenai keadaan penggunaan dan pembangunan bidang berkenaan semalam.

Stesen Angkasa Lepas China (CSS) yang siap ditubuhkan pada penghujung tahun yang lalu merupakan makmal angkasa lepas peringkat negara yang paling lengkap jenis disiplinnya dan mempunyai kelebihan yang tersendiri, selain dilengkapi keupayaan untuk menjalankan pengajian sains yang besar-besaran dalam bidang angkasa lepas.

Menurut Lin, pada fasa perancangan dan pembinaan makmal tersebut sebelum ini, sekumpulan kemudahan pengajian sains angkasa lepas yang bertaraf dunia sudah pun disediakan untuk menjalankan program pengajian sains secara besar-besaran dan konsisten.

Video

Berita Berkaitan