- Lain-lain
Hubungan China-Azerbaijan akan Menjadi Lagi Baik
Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev menyifatkan hubungan negaranya dengan China sebagai sangat baik dan berpeluang cerah untuk lebih berkembang kelak.
Ketika menerima wawancara Kumpulan Media China (CMG) baru-baru ini, beliau turut menzahirkan rasa teruja untuk meningkatkan lagi kerjasama strategik antara kedua-dua negara.
"Hubungan dua hala adalah erat. Dalam aspek isu global, kedua-dua negara mempunyai pendirian yang serupa.
"Begitu juga mengenai kedaulatan dan keutuhan wilayah sesebuah negara, serta pendirian untuk tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain," ujar Aliyev.
Ketika menyentuh aspek ekonomi, beliau menyatakan bahawa jumlah nilai perdagangan China-Azerbaijan sedang meningkat dan memperlihatkan potensi peningkatan yang besar.
Ujar Aliyev, China kini mempunyai semakin banyak 'rakan' di arena antarabangsa, selain turut menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang amat memerlukan bantuan.
"Apabila tercetusnya pandemik COVID-19 pada peringkat awal, Azerbaijan menghadapi kesukaran besar seperti kekurangan vaksin.
"China merupakan satu-sautnya negara yang memberikan vaksin kepada kami, sekali gus menjadikan Azerbaijan antara negara yang paling awal memulakan proses pemvaksinan di dunia," kata Presiden itu.
Aliyev turut menyingkap semula peri laku sesestengah negara Barat yang menyorok lima kali ganda vaksin yang diperlukan dan menghalang vaksin mereka dieksport.
"Kami menentang amalan 'nasionalisme vaksin' tersebut.
"Contoh tersebut memaparkan pendirian China terhadap Azerbaijan dan saya yakin, China akan menga