99精品视频在线观看直播,在线综合亚洲欧洲综合网站,加勒比东京热hezyo,国产a∨天天免费观看美女

Teleperubatan Cakupi Semua Bandar China

Seorang doktor meneliti laporan pengimejan seorang pesakit di kaunti Longli menerusi platform rawatan jarak jauh di Hospital Rakyat Provinsi Guizhou yang terletak di Guiyang, barat daya China, pada 25 Mei 2023. (Xinhua/Tao Liang)

Seorang doktor meneliti laporan pengimejan seorang pesakit di kaunti Longli menerusi platform rawatan jarak jauh di Hospital Rakyat Provinsi Guizhou yang terletak di Guiyang, barat daya China, pada 25 Mei 2023. (Xinhua/Tao Liang)

China telah melakar kemajuan signifikan dalam usaha menambah baik perkhidmatan perubatan serta kadar kemudahan jagaan kesihatan, berdasarkan statistik yang diketengahkan pada satu persidangan kebangsaan tentang pembangunan sektor berkenaan, yang berlangsung di Jinan, provinsi Shandong Sabtu.

Difahamkan, semua penduduk di bandar-bandar peringkat provinsi serata negara kini mempunyai akses kepada khidmat perubatan jarak jauh.

Tambahan pula, China telah menubuhkan sejumlah 15,000 konsortium perubatan seluruh negara dan meluluskan 125 projek pusat perubatan setempat, yang meliputi kesemua provinsi yang kekurangan sumber, menekankan lagi komitmen negara untuk merapatkan jurang yang wujud dalam sektor ini.

Pada 2022, 87.71 peratus hospital peringkat kaunti telah memenuhi standard khidmat perubatan asas yang ditetapkan oleh negara. Selain itu, lebih daripada 30,000 klinik kesihatan dan pusat khidmat kesihatan komuniti pekan di seluruh negara juga telah mencapai standard yang sama.

Berita Berkaitan