- Lain-lain
Xi Galak Pelajar Beri Sumbangan untuk HK yang Lebih Baik
Presiden China, Xi Jinping pada Isnin membalas surat yang dikirim oleh pelajar Sekolah Menengah Pui Kiu Hong Kong (HK) dengan memberi kata-kata semangat dan galakan.
Dalam surat tersebut, beliau menzahirkan kegembiraannya apabila diberitahu bahawa para pelajar berasa bangga setelah menyertai aktiviti seperti berinteraksi bersama-sama angkasawan Tiangong.
Memetik surat yang dikirim kepada Presiden Xi, para pelajar turut memberitahu bahawa mereka kini lebih memahami misi dan tanggungjawab sebagai generasi baharu di wilayah pentadbiran khas (SAR) itu.
Menurut Xi, semangat patriotisme tersemat dalam semangat bangsa China, dan mencintai tanah air serta HK merupakan tradisi penduduk di wilayah itu.
Beliau turut menyifatkan ia sebagai asas penting bagi pelaksanaan yang mantap dasar "satu negara, dua sistem".
Xi turut meluahkan harapannya kepada para pelajar untuk lebih memahami trend pembangunan dunia, mendalami sejarah, budaya dan keadaan realiti di tanah air, serta memupuk semangat cintakan tanah air.
Presiden Xi juga menasihatkan para pelajar tersebut agar meningkatkan keupayaan masing-masing supaya mampu menjadi tenaga profesional penting dengan seawal mungkin, sekali gus menyumbang terhadap pembinaan HK yang sejahtera serta kebangkitan gemilang nusa dan bangsa.
Untuk rekod, Sekolah Menengah Pui Kiu ditubuhkan pada 1946 dan merupakan salah satu sekolah di HK yang paling awal mengibarkan bendera lima bintang setelah tertubuhnya Republik Rakyat China (PRC) pada 1949.
- John Lee Ka Chiu Umumkan Laporan Pentadbiran Pertamanya
- Pemuda HK Zahir Sokongan kepada Undang-Undang Keselamatan Negara
- Itik Getah Gergasi Datang Lagi ke HK lepas 10 Tahun
- Urusan HK Tolak Sebarang Campur Tangan
- HKDL: Bersedia untuk Mengalu-alukan Pelancong
- Xi Terima Pelaporan Kerja Ketua Eksekutif HKSAR
- China Sambut Baik Keputusan Adil WTO
- Henti Memfitnah Hong Kong, Jangan Semakin Salah
- Hong Kong Adakan Pemilihan Tambahan LegCo
- Jambatan Rentas Teluk Tseung Kwan O HK Dibuka
- Hong Kong Perkukuh Kedudukan Pusat Kewangan Antarabangsa