- Lain-lain
Penyelamat Mangsa Lemas Dicam sebagai Bekas Johan Sukan Asia
Baru-baru ini, satu klip video yang menunjukkan seorang lelaki dengan pantasnya menyelamatkan mangsa daripada lemas di Zunyi, Guizhou, menjadi tular dalam media sosial China. Penyelamat kemudian dicam oleh netizen sebagai johan renang Sukan Asia 1998, Zeng Qiliang.
Kejadian berlaku pada 9 Julai lalu, apabila Zeng baru saja naik ke darat setelah berenang di sungai. Beliau mendengar jeritan meminta tolong daripada mangsa yang dibawa arus, lantas terjun ke dalam air dan berenang menuju ke mangsa. Tidak sampai setengah minit, mangsa itu sudah terselamat.
Zeng yang dulunya seorang perenang profesional kini kader yang ditugaskan ke Guizhou dari Guangdong bagi membantu pembangunan tempatan. Beliau meraih emas dalam acara 100m Kuak Dada Lelaki di Sukan Asia 1998 yang berlangsung di Bangkok.
Zeng Qiliang meraih emas dalam acara 100m Kuak Dada Lelaki dengan catatan 1 minit 2.32 saat di Sukan Asia ke-13 pada 7 Disember 1998 di Bangkok, Thailand. (Foto/Xinhua)
Katanya, selaku atlet profesional yang sudah bersara, itulah situasi yang mengharuskannya untuk tampil ke depan. Beliau berasa sangat lega kerana berjaya menyelamatkan mangsa.
Dimaklumkan bahawa, ini sudah kali kedua Zeng menyelamatkan orang lemas dalam satu bulan. Beliau pernah menyelamatkan seorang budak pada awal bulan ini.
Zeng Qiliang, 46 tahun, sedang berenang. (Foto/Xinhua)