- Lain-lain
Suzhou, Corak Arah Pembangunan Bandar Masa Depan
Presiden Xi Jinping menyifatkan Suzhou, sebuah bandar di provinsi Jiangsu, sebagai suri teladan yang menyerlahkan gabungan unsur moden dan tradisional.
Semasa melakukan tinjauan ke Suzhou mutakhir ini, beliau memuji bandar raya itu bukan sekadar kaya dengan warisan sejarah dan budaya, malah mempamerkan prestasi cemerlang dalam inovasi teknologi tinggi dan pembangunan berkualiti.
Menurut Xi, kesemua elemen itu sekali gus mencorakkan hala tuju pembangunan bandar untuk masa depan.
Antara tarikan bandar Suzhou termasuk taman klasik yang diterapkan unsur seni budaya Timur, sulaman Su iaitu salah satu daripada empat kraf sulaman terkenal di China, dan nyanyian balada 'pingtan'.
Sisi kemodenannya pula dapat dilihat menerusi pembangunan bandar pintar serta kemajuan teknologi canggih.